Jejak Mihrab & Mimbar

18/02/2010

Antara Mitos dan Legenda

Filed under: Himpunan Esei Penulis — Harleny Abd Arif @ 3:41 am

 

Subtipa Legenda

Legenda adalah satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat. Pengkaji sastera rakyat kontemporari telah menggolongkan legenda sebagai salah satu genre cerita rakyat dalam bentuk tradisi lisan yang wujud dalam mana-mana masyarakat atau budaya. Beberapa definisi telah dikemukakan oleh ahli antropologi budaya tentang pengertian legenda. Mohd Khalid Taib (1991: 261) mendefinisikan legenda sebagaimana berikut:

“Legenda ialah sebuah pernyataan yang selalunya bercorak cerita, yang berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingat oleh masyarakat berkenaan; yang mungkin menghubungkan pengalaman masa lampau dengan yang kekinian. Legenda dipercayai benar oleh penyampainya dan oleh mereka yang menerima penyampaian cerita itu, terutama sekali apabila wujud tanda-tanda di muka bumi yang seolah-olah mensahihkan sesuatu cerita legenda itu.”

Harun Mat Piah dalam buku berjudul Sastera Rakyat Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam: Suatu Perbandingan pula mengemukakan takrifan lebih terperinci terhadap pengertian legenda. Selain memberi definisi khusus, beliau turut membuat perbandingan yang jelas antara legenda dengan mitos.

“Legenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luarbiasa, misteri dan mitikal seperti mitos, tetapi masih berbeza dengan mitos. Legenda boleh bersifat sakral atau profan, boleh membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan. Berbanding dengan mitos, legenda bersifat terbuka (opened-ended). Latar legenda berbeza daripada mitos, berlaku dalam ruang geografi yang dapat dirujuk dan peristiwanya bergerak atas garis masa yang objektif. Berbeza juga daripada mitos, legenda lebih mendekati karya sejarah dari segi fakta dan bersifat objektif. Namun, tidak sama dengan sejarah kerana legenda sering dianggap sebagai sejarah semu, kerana kebanyakan faktanya dimanipulasi dan diselewengkan. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, legenda nampaknya dapat menyesuaikan dirinya dengan latar kontemporari.”

Perbezaan pandangan oleh sarjana tempatan terhadap definisi legenda hanyalah bersifat isu dipermukaan kerana apa yang lebih utama adalah isu yang menjadi dasar perbincangan. Pandangan yang dikemukakan oleh Mohd Khalid Taib dan Harun Mat Piah memperlihatkan keterbukaan bentuk legenda itu sendiri yang bersifat genetik kerana dapat menjanakan pelbagai sublegenda. Daripada legenda ketokohan (ulama, pemimpin, pahlawan, pendosa), legenda keramat, legenda tentang makhluk halus, legenda tempat, etiologikal dan jenis-jenis yang lain.

Kerana disokong oleh kepelbagaian jenis inilah, maka legenda merupakan genre sastera rakyat yang lebih meluas penyebarannya dan lebih banyak pula jumlahnya. Low Kok On (2001:9) dalam tesis sarjana bertajuk Citra Wira Rakyat dalam Legenda Mat Salleh telah mengklasifikasikan legenda kepada beberapa bentuk iaitu:

  1. Legenda Etiologikal (Cerita Asal Usul)
  2. Legenda Pendosa
  3. Legenda Orang Terkenal
  4. Legenda Keramat
  5. Menora Cerita Hantu

Ternyata kategori yang disenaraikan merangkumi hal-hal berkaitan dengan alam, manusia dan makhluk bukan manusia. Kesemuanya menampakkan kelebihan dan keajaiban yang mengelilingi tokoh-tokoh tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa cerita legenda sering dilingkari oleh unsur luarbiasa dalam jalinan penceritaannya. Unsur tersebut menjadikan cerita legenda itu lebih menarik kerana kelainan yang dipaparkan.

 

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: