Jejak Mihrab & Mimbar

04/04/2010

Masjid Tua di Sumatera Barat

Filed under: Masjid-Masjid Tua di Indonesia — Harleny Abd Arif @ 7:58 am

 

Tarikh : 21 hingga 24 Disember 2008
Lokasi : 1. Masjid Rao-Rao
               2. Masjid Limo Kaum

  

Foto-foto yang dipaparkan di ruang ini dirakamkan semasa percutian keluarga lebih setahun yang lalu. Ini adalah kunjungan keempat saya ke sana bagi memenuhi janji membawa ayahanda dan bonda serta dua orang adik (Muhammad Akmal dan Nurul Idayu) sempena cuti persekolahan/semester. Jadi, binaan masjid tua yang saya rakamkan fotonya ini bukanlah buah tangan hasil tinjauan di lapangan…sebaliknya sekadar permintaan saya kepada pemandu pelancong untuk berhenti di mana-mana lokasi masjid tua yang ada dalam perjalanan dari Bukit Tinggi menghala ke Batu Sangkar. Saya sendiri pada masa tersebut belum lagi menulis cadangan penyelidikan untuk diserahkan kepada penyelia. Inilah bibit-bibit permulaan jejak langkah saya masuk ke dalam masjid-masjid tua yang sehingga kini masih saya teruskan langkahnya…Langkah menjejak masjid-masjid tua di ceruk mana pun ia berada.

  

Ragam hias puncak masjid tua Rao-Rao di Batu Sangkar ini mempunyai keunikan tersendiri. Ciri-ciri khas ini membezakan rekabentuk hiasan puncaknya dengan masjid lain di sekitar, juga masjid-masjid tua yang lain di Nusantara. Ciri budaya lokal masih dikekalkan walaupun adaptasi pengaruh luar diterapkan dalam senibina.

 

Terdapat tiga ruang pada bahagian rekabentuk mihrab yang mana mimbar diletakkan di bahagian tengahnya. Kombinasi putih dan biru muda menjadi pilihan konsep warna.

 

Keindahan rekabentuk mimbar Masjid Rao-Rao ini mengundang perhatian. Kepingan mozek berwarna menghiasi keseluruhan permukaan mimbar yang diperbuat daripada batu marmar putih.

 

Ini pula ruang dalam Masjid Limo Kaum. Bahagian tengah disokong dengan tiang seri sebagai penyangga puncak masjid. Tiang seri ini bersegi lapan dan saiznya beberapa kali ganda daripada saiz ukurlilit tiang-tiang penyangga lain disekelilingnya.

 

Saya minta bonda berdiri di sisi tiang seri untuk merakam foto…lihat sahaja saiz ukurlilit mahupun ketinggian tiang ini jika dibandingkan dengan saiz manusia. Ukurlilitnya sahaja lebih kurang 4 ke 4 1/2 pemeluk orang dewasa.

 

 

Beduk lama ini disimpan dengan baik di dalam ruang solat masjid. Walaupun tidak berfungsi kerana tidak digunakan lagi, namun usaha memeliharanya sebagai khazanah budaya wajar dicontohi.

 

About these ads

3 Komen »

  1. bahagian sumatera ni hanya sempat sampai di jambi bawak ke bawah….ke sebelah atas jambi belum pernah sampai….tapi kalau diperhatikan ciri bumbung masjid tu macam di padang(bumbung minangkabau)….sekadar meneka.

    Komen oleh sangilapi — 07/04/2010 @ 9:10 pm | Balas

  2. Ya, lokasi masjid ini terletak di Batu Sangkar…sekitar 2 jam dari Padang. Masjid ini berusia lebih 100 tahun. Saya tertarik ragam hias puncaknya yang unik.

    Komen oleh harlenyabdarif — 07/04/2010 @ 10:29 pm | Balas

  3. di SINTANG-KALIMANTAN BARAT TERDAPAT MASJID YANG PENDIRIAN PERTAMA PADA TAHUN 1672 M (1083 H), namanya MASJID JAMIK SULTAN NATA KARENA PERTAMA KALI PENDIRIAN DILAKUKAN PADA MASSA SULTAN NATA MUHAMMAD SYAMSUDDIN SA’ADUL KHAIRRI WADIEN (raja ke-19 yang memerintah tahun 1672-1737)…. pada saat itu ada keputusan beberapa penting sebagaimana tertuang dalam tulisan Arab Melayu yang sudah diterjemahkan, yakni:1) menetapkan Sintang sebagai Kerajaan Islam, 2) Raja menggunakan gelar Sultan, 3) menyusun undang-undang Kerajaan, 4) mendirikan Masjid tempat beribadah, dan 5) membangun Istana. Note: sebelumnya Sintang merupakan Kerajaan Hindu sekitar abad VII masih berada di Sapuk, baru pindah ke Sintang sekitar 1362 M oleh Raja ke sepuluh, yakni Demong Irawan I alias Jubair.

    Komen oleh ade muhammad iswadi — 06/04/2011 @ 1:25 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: