Tarikh Mencatan: 11 Julai 2010 (Ahad)
Masa Mencatan : 3.00 – 5.30 petang
Tanpa segaris pun lakaran menggunakan media pensil, jalinan-jalinan dengan kepelbagaian garisan dihasilkan secara spontan di atas permukaan kanvas. Walaupun dilakarkan secara spontan, namun lenggok jari jemari ini bergerak secara perlahan…masih mengikut gerak di atas landasan. Karya catan ini adalah karya abstrak…punya makna tersurat di sebalik tersirat.
Tajuk : Misteri ’Si Sangilapi’
Media : Akrilik
Saiz : 56 cm x 40 cm
Tahun : 2010
Apresiasi Karya
Misteri ‘Si Sangilapi’
Titik pertama karya ini bermula dari bawah lalu bersambung dan berakhir dengan garisan berlingkar di hujungnya. Ia simbolik kepada kehidupan Si Sangilapi… 1000 langkahnya bermula dengan 1 langkah. Langkah pertama dari bawah bukanlah mudah, malah penuh liku sebelum beroleh rezeki yang murah.
Aplikasi jalinan dengan kepelbagaian garisan adalah liku-liku kehidupan yang ditempuhi sepanjang laluan. Garisan bergerigi adalah ranjau berduri…namun Si Sangilapi tetap tabah mengharungi. Kecekalan dan kegigihannya diterjemahkan dengan aplikasi garisan tebal sebagai benteng kekuatan diri. Kalimat keramat ‘Apa Kamu Cari dan Apa Kamu Mau’ secara tidak langsung mencerminkan tentang prinsip hidupnya (sama ada dia sedar atau tidak…tapi itulah hakikatnya). Sebenarnya apa yang dia cari adalah apa yang diimpikan dalam kehidupannya. Walaupun bukan dengan cara yang cepat tetapi agak lambat…dia tetap dapat apa yang dihajat. Justeru, dalam karya ini kita menemukan garisan-garisan beralun dan berlingkar sebagai simbolik kepada perjalanan kehidupan. Namun, perjalanan inilah yang telah memberikan 1001 pengalaman berharga buat Si Sangilapi. Berdepan karenah manusia yang beraneka ragam sifat dan sikapnya dalam situasi berbeza. Di situlah dia belajar tentang citra dan warna manusia di sekelilingnya. Bukankah ilmu itu luas cakupannya? Tidak hanya terbatas pada pendidikan secara formal…berhadapan dengan ragam manusia itu juga adalah sebahagian ujian yang lebih mengujakan sifatnya…
Warna hijau lumut sebagai warna latar dalam karya diserlahkan dengan warna emas dan perak (silver). Ia membawa pengertian tersirat tentang… (sesiapa sahaja boleh sambung untuk melengkapkan apresiasi karya Misteri ‘Si Sangilapi’ ini)
p/s: Apresiasi karya ini adalah ulasan saya secara peribadi berdasarkan hasil pembacaan kisah kehidupan Si Sangilapi di blog rezekimurah.com… Ia juga adalah sebagai penghargaan saya kepada Si Sangilapi selaku pengunjung tetap blog ini… =)




Menarik dan misteri karya si sangilapi ni…
Komen oleh samdaddycool — 12/07/2010 @ 9:54 pm |
Menarik itu persepsi khalayak yang menilai setelah karya catan ini disempurnakan. Misteri itu lahir dalam diri Si Sangilapi lalu saya terjemahkan ia secara visual di atas permukaan kanvas. Ilham hadir secara spontan…
p/s: Lebih menarik lagi jika si empunya diri melakarkan sendiri apa sahaja yang terlintas di kotak minda kerana karya yang terhasil nanti adalah refleksi kepada si empunya diri… =)
Komen oleh harlenyabdarif — 13/07/2010 @ 12:35 am |
ribuan terima kasih diucapkan
…kenapa tidak dihabiskan ayat yang berkaitan dengan warna latarbelakang tu ?
Komen oleh sangilapi — 12/07/2010 @ 11:46 pm |
sama-sama =)
…ayat tu tak dihabiskan kerana, biarlah ia diselubungi misteri…Tu sebab nama karya ni Misteri Si Sangilapi! Biarlah ia menjadi misteri baik kepada si pengkarya, subjek kajian (Si Sangilapi) mahupun khalayak yang menilai…hehehe
Komen oleh harlenyabdarif — 13/07/2010 @ 12:49 am |
Assalamualaikum…saya nak tanya ckit….
Adakah Si Sangilapi seorang je ke pengikut tetap blog ini…macamana yang lain? Mereka yang tak ada blog sendiri…:(
Komen oleh Aiman — 14/07/2010 @ 7:48 pm |
Waalaikumsalaam…
Yang xde blog pengikut tetap juga…cuma pengikut yang tak dapat dijejak. Si Sangilapi ni pula pengikut yang boleh dijejak kerana meninggalkan jejak. Dan Sangilapi ni paling aktif meninggalkan komen positif di sanggar ini.
Ok Aiman…lepas ni saya hasilkan karya untuk awak pula. Tajuknya, “e mel aiman@gmail.com tak dapat dijejak”
misteri juga si aiman ni…..hehehe…=)
Komen oleh harlenyabdarif — 14/07/2010 @ 7:54 pm |
menarik misteri si sangilapi ni.menarik lg karya visualnya.blh bg saya?
Komen oleh sahabat lama — 15/07/2010 @ 8:14 pm |
Sahabat Lama…
Takde masalah…saya boleh bagi, tapi bagi tengok aje! hehehhh
Amacam….setuju?
Komen oleh harlenyabdarif — 16/07/2010 @ 1:42 am |
[...] lebih lanjut akan sesuatu yang istimewa itu cubalah jengah-jengah entry terbaru TSPR yang berjudul catan buat teman.Siapa TSPR ini ? Korang berkembaralah ke sana [...]
Ping balik oleh entry istimewa | REZEKI MURAH — 30/07/2010 @ 11:04 am |