Tarikh : 17 Julai 2010
Lokasi : Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar
Saya telah berziarah ke makam Daeng Salili (Sedili) ini sejurus selepas pulang dari bengkel kraf dan warisan Pandai Besi yang lokasinya tidak jauh dari kawasan makam tersebut. Sebenarnya, sejak dari awal tahun 2010 lagi saya telah menyimpan hajat untuk berziarah ke makam mantan Mufti Pertama Negeri Perak ini. Namun, hajat yang dipendam akhirnya tercapai jua dengan izin Allah apabila saya hadir di sana pada tanggal 17 Julai yang lalu. Tiba pula di saat saya hampir berangkat ke Tanah Bugis 6 Ogos depan…tanah asal usul Daeng Salili sebelum berhijrah ke Negeri Perak.
Keterangan tentang Daeng Salili ini secara ringkasnya terdapat pada papan info di hadapan makam seperti yang tertera dalam rakaman foto di bawah.

Papan info tertera keterangan ringkas tentang Daeng Salili semasa hayatnya
Makam Daeng Salili di dalam kawasan pagar
Bahagian belakang makam
Makam Daeng Salili disimenkan dengan batu-bata
Nesan daripada batu sungai




tumpang tanya kedudukan makam ini berada dimana…
Komen oleh muhammad khaiir — 25/07/2011 @ 3:04 pm |
Saudara Muhammad Khaiir
Jika dari arah gerbang utama ke Kampung Padang Changkat…teruskan perjalanan sehingga saudara berjumpa bengkel pembuat keris di sisi kanan jalam iaitu Jika dari arah gerbang utama ke Kampung Padang Changkat…teruskan perjalanan sehingga saudara berjumpa bengkel pembuat keris iaitu Encil Abdul Mazin.
p/s: sila berkunjung ke laman sanggar baru di http://jejakmihrabmimbar.com =)
Komen oleh Harleny Abd Arif — 28/07/2011 @ 9:21 pm |
maklumat ni banyak salah termasuk papan tanda baru yang dibuat pada makam daeng. agak jauh ketinggalan kajian maklumat ini sebab terlampau ambil dari lisan tanpa bukti nyata. Sedangkan maklumat yang sebenar memang masih tersimpan. saya pernah terbaca dalam forum perbincangan antara keluarga daeng selili dalam satu web ni
cuba type dalam google. –> daeng selili keriswarisan
Komen oleh Waris daeng — 12/11/2011 @ 10:20 am |
Waris Daeng,
Terima kasih sudi bertandang…
Terima kasih juga atas komen saudara. Saya amat mengalu-alukan perkongsian info daripada saudara atau waris daeng selili lainnya. Moga terungkai persoalan yang didakwa tidak tepat atau kurang tepat seperti yang dimaksudkan saudara sebelumnya.
Komen oleh Harleny Abd Arif — 20/02/2012 @ 11:12 pm |