ASSALAMUALAIKUM
Kepada semua tetamu yang sering ataupun jarang-jarang bertandang, mahupun yang tanpa sengaja singgah lalu menjengah…
Dengan sukacitanya, saya ingin membuat hebahan kepada tetamu yang dihormati bahawa saya selaku Tuan Punya Blog Jejak Mihrab & Mimbar ini akan berpindah ke rumah baru. Rumah lama yang sedia ada ini (http://www.jejakmihrabmimbar.wordpress.com) bakal saya tinggalkan tanpa melupuskan segala harta berupa teks bertulis dan foto yang ada. Biarlah segala harta yang saya tinggalkan menjadi khazanah berharga yang kekal tersimpan di dalamnya.
Untuk makluman, rumah baru yang akan saya duduki nanti telah ditaja selama 1 tahun yang mana sewanya telah dilunaskan oleh saudara Sangilapi dari blog http://rezekimurah.com . Segala urusan perpindahan ke rumah baru beralamat di http://jejakmihrabmimbar.com pula telah dibantu oleh saudara Mijie dari blog http://muhammadtarmizi.com . Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian berdua.
Perpindahan saya ini diibaratkan seperti “cuci kaki” kerana semua keperluan telah tersedia di hadapan mata. Aktiviti harian di rumah baru akan berjalan seperti biasa. Cuma bulan pertama menjejakkan kaki ke tempat baru pastinya perjalanan aktiviti bergerak perlahan lantaran proses penyesuaian.
Terima kasih juga kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa melayari info di dalam sanggar ini.
Entri baru akan dimuatkan dalam http://jejakmihrabmimbar.com