HARLENY ABD ARIF lahir pada tanggal 22 Oktober 1976 di Hospital Chinese Maternity, Ipoh, Perak. Anak kedua (2) daripada sembilan (9) bersaudara. Mendapat pendidikan rendah di empat (4) buah sekolah rendah iaitu SRJK Batu Lintang di Kuching, Sarawak (1983-1984), SK Raja Muda di Shah Alam, Selangor (1985), SK Sura di Dungun, Terengganu (1986-1987) dan SK Seri Manjung di Sitiawan, Perak (1988). Pendidikan menengah di tiga (3) buah sekolah iaitu SM Seri Manjung di Sitiawan, Perak (1989), SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor (1990-1992) dan SMJK Methodist di Tanjung Malim, Perak (1993). Pada tahun 1994 hingga 1998 melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Senireka Fesyen di Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Shah Alam. Tahun 2000 menyambung pengajian Kursus Lepasan Ijazah, Diploma Pendidikan Seni di Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Shah Alam. Tahun 2002-2006 menjadi tenaga pengajar bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual di SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor dan pada masa sama menyambung pengajian Sarjana Sastera (MA) separuh masa dalam bidang Persuratan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di UKM Bangi, Selangor. Tamat pengajian MA pada tahun 2005. Seterusnya pada tahun 2007 mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas bagi Pendidikan Seni Visual di IPIK, Cheras dengan memperolehi Anugerah Cemerlang Akademik. Tahun 2008 menjadi tenaga pengajar Program Pendidikan Khas Integrasi di SK Sungai Buloh, Selangor. Tahun 2009 menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) sepenuh masa dalam bidang Pendidikan Seni di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dengan tajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan KPM. Tamat penghujung 2011, inshaAllah…
PENGALAMAN BEKERJA
Tahun : 1998-2002
Pernah bertugas sebagai wartawan sambilan di Majalah RIAS, Utusan Malaysia, wartawan sepenuh masa di Majalah Suri, Surimedia dan pereka corak di Al-Quran Mushaf Malaysia.

good job! tapi aku tak sempat baca ape yang ko citer ni semua sekali.. aku rasa student yang nak buat reseach akan rujuk blog ni dan… untung le depa tu sumer nanti
Komen oleh Abby — 01/02/2010 @ 4:55 am |
Sahabat…terima kasih atas pandangan dan sokongan. Apa yang ada dikongsi bersama. Foto sebenarnya sangat banyak (lebih 2000 keping dirakam untuk penelitian jejak mihrab dan mimbar masjid tua). Ianya dirakam di lokasi tinjauan sekitar daerah dalam wilayah Acheh, Sumatera Barat dan Semenanjung, Malaysia tetapi sebahagian perlu di simpan untuk penulisan ilmiah.
Komen oleh harlenyabdarif — 01/02/2010 @ 7:29 am |
Assalamualaikum sahabat & saudara….
Tahniah di ucapkan di atas segala kejayaan anugerah Illahi. Semoga pertemuan semula atas ketentuan & keredhaan Illahi berkekalan dunia & akhirat…Amin…
Komen oleh Liza — 04/02/2010 @ 4:40 am |
Liza, terima kasih. Mudah-mudahan persahabatan/persaudaraan ini berkekalan…Amin…
Komen oleh harlenyabdarif — 19/02/2010 @ 5:51 pm |
ada tak sedikit maklumat masjid demak kedua di kelantan(masjid kg laut, tumpat kelantan)?,dan masjid teluk manok, mengikut cerita lisan…masjid tu dibina oleh para Habib(ulama dikalangan Ahli Bait)…sama seperti masjid demak ditanah jawa, saya perlukan maklumat itu kerana ada kaitan rapat dengan keturunan moyang saya.kalau ada info harap sent ke email saya putralegeh78@yahoo.com..terima kasih
Komen oleh Baba Syarif — 17/02/2010 @ 3:37 pm |
Salaam…ada seorang teman pernah menjalankan kajian ttg Masjid Kg Laut. InsyaAllah nanti saya cuba risik info drpdnya. Setahu saya, maklumat ttg masjid tersebut boleh didapati di Muzium Negeri Kelantan. Boleh juga buat pencarian di laman web MYTO > Perpun (Theses Online). Mungkin ada individu yang pernah menjalankan kajian terhadap masjid tersebut. Saya tertarik dengan nama Masjid Teluk Manok. Di mana lokasinya? T kasih.
Komen oleh harlenyabdarif — 17/02/2010 @ 4:02 pm |
Salam… Masjid Teluk Manok terletak di Patani, Thailand. Namanya Masjid Wadi al-Hussain. Sebuah buku telah diterbitkan oleh Penerbit UKM. Lihat link berikut… http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/f536-3.html
Komen oleh Merbawi Jr. — 02/03/2010 @ 8:09 am
Wsalaam…Saudara Merbawi Jr. terima kasih atas informasi yang diberikan…
Komen oleh harlenyabdarif — 02/03/2010 @ 8:55 am
maaf bertanya,pernah bersama-sama dengan merahsilu dalam pencarian masjid lama?(bertanya disebabkan belum berkesempatan membaca keseluruhan isi dalam blog ini)
Komen oleh sangilapi — 17/03/2010 @ 1:08 am |
Saya tidak pernah bersama-sama merahsilu menjalankan tinjauan, tetapi sering berkongsi idea di laman artmelayu.blogspot dan adakalanya berhubung melalui telefon. Persamaannya mungkin dari segi subjek kajian (masjid-masjid tua), namun pengisiannya sedikit berbeza. Tumpuan kajian saya menjurus rekabentuk mihrab dan mimbar masjid tua berusia lebih 100 tahun, selain turut menjalankan pemerhatian terhadap nilai estetika seni ukiran tradisi Melayu yg terdapat pada masjid tua, rumah adat, istana lama dan sebagainya.
Komen oleh harlenyabdarif — 18/03/2010 @ 8:06 am |
salam..
bl0g yg bagus..
bley dpt inf02 psl masjid2 lama..
nice bl0g..
Komen oleh wana93 — 04/04/2010 @ 10:18 am |
Perkongsian ilmu buat semua…Adik, terima kasih kerana sudi menjadi tetamu di sanggar ini…
Komen oleh harlenyabdarif — 04/04/2010 @ 10:38 am |
nak tanya harleny, tahu tak sejarah tuan puteri arafat sanggoran dari jawa barat.saya ada bahan yg menarik tentang beliau, kalau berminat contact saya
Komen oleh ROHAIMI — 13/04/2010 @ 2:08 pm |
TAHNIAH. Sebuah laman web yang cukup menarik. Syabas di atas usaha saudari (Dr…insyallah). Buat masa ni saya menjejaki makam lama. Dalam mencari makam sudah pasti saya akan menemui masjid kerana kebanyakan kawasan perkuburan terletak bersebelahan masjid. Insyallah saya akan berikan info tentang beberapa masjid/surau lama untuk saudari.
Komen oleh Zulkifli Ismail — 25/05/2010 @ 9:39 pm |
Saya amat berbesar hati sekiranya saudara sudi berkongsi info ttg masjid-masjid tua…terima kasih =)
Komen oleh harlenyabdarif — 26/05/2010 @ 2:46 pm |
email saya, haszahme@gmail.com, saya juga sedang buat kajian tentang masjid, TQ
Komen oleh hashim ahmad — 10/06/2010 @ 11:42 pm |
MASJID KAMPUNG SURAU (MASJID TOK PULAI CHONDONG) DI MACHANG KELANTAN…
Komen oleh ROHAIFI AZRI — 14/07/2010 @ 12:22 pm |
Saudara,
Terima kasih atas info yang diberi
InsyaAllah ada kesempatan akan saya kunjungi =)
Komen oleh harlenyabdarif — 14/07/2010 @ 1:35 pm |
di Sintang-Kalimantan Barat terdapat Kesultanan Sintang yang memiliki Masjid Jamik dibangun tahun 1672 M (1083 H) oleh Sultan Nata Muhammad Syamsuddin Sa’adul Kahirri Wadien, sebelum diputuskan jadi Kerajaan Islam, Sintang dulunya Kerajaan Hindu dengan lokasi pertama di Sepauk dan raja pertama Aji Melayu (masih terdapat peninggalannya), berpindah ke Sintang (sekarang) dilakukan oleh Raja ke-11 Jubair (Demong Irawan I) sekitar tahun 1362 M… Sultan Nata sendiri merupakan raja ke-19 (raja pertama bergelar Sultan)….
Komen oleh ade muhammad iswadi — 06/04/2011 @ 4:57 pm |
Saudara Ade Muhammad Iswadi…
Terima kasih di atas perkongsian info… =)
Saya telah berpindah di sanggar baru iaitu http://jejakmihrabmimbar.com
Sudi2lah bertandang meninggalkan buah pena di sanggar baru
Komen oleh Harleny Abd Arif — 06/04/2011 @ 5:16 pm |