Jejak Mihrab & Mimbar

29/07/2010

Jahit Siku Terbalik

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 2:28 am

 

Teringat kisah lalu…berlaku tragedi lucu. Masa tu aku part 5 tahun 1996. Lokasi kejadian di bengkel fesyen ITM (kini UiTM) Shah Alam.

Serba ringkas tentang bidang pengajian
Sebaik lepas SPM, aku memohon masuk ke ITM Shah Alam di Fakulti Senilukis dan Senireka. Semua pelajar perlu mengikuti pra diploma selama setahun (part 1 dan part 2) sebelum diserapkan ke jabatan pilihan masing-masing secara temuduga. Ini bermakna sebaik naik je part 3, setiap pelajar akan mengikuti bidang pengajian mengikut pilihan (itupun setelah lulus temuduga…kalau tak lulus, maka akan diserap ke mana-mana jabatan yang masih ada kekosongan). Aku pula secara rasminya bergelar pelajar jurusan fesyen di bawah fakulti tersebut.

Sebaik melangkah part 3
Projek untuk semester tu adalah menghasilkan rekaan pakaian dengan memilih salah satu bentuk geometri. Masa tu aku pilih bentuk segi tiga…hmmm semasa menaip baris ayat ni baru aku perasan akan kecenderungan aku terhadap bentuk-bentuk yang menghunjam ke atas (bentuk tajam). Setelah memilih bentuk segitiga, maka aku pun menghasilkan puluhan lakaran sebelum dipilih oleh pensyarah pembimbing. Akhirnya, rekaan pakaian aku pun siap seterusnya perlu diperagakan oleh si pereka (aku ler) di atas pentas dalam auditorium fakulti. Aku dan semua kengkawan satu batch kena gayakan masing-masing punya rekaan. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki semua aksesori kena reka sendiri. Malu bukan kepalang saat berjalan di atas pentas…catwalk dah macam ketam. Tapi apa nak buat, zaman tu tak dapat nak mengelak…nak tak nak kena gayakan jugak walaupun kelihatan seperti badut sarkas. Maklum la, yang diperagakan bukan baju pengantin atau jenis pakaian yang sedap mata memandang sebaliknya rekaan ala-ala macam orang buat baju dengan kertas surat khabar. Main cantum-cantum guna satu jenis bentuk je. Kalau baju segitiga, seluar pun segitiga, aksesori kepala pun bentuk segitiga juga. Bezanya, kertas surat khabar tu tak perlu dijahit berbanding kain berwarna tanpa corak (polos) yang aku dan member-member perlu jahit. Rekaan ini seolah-olah ingin menguji tahap kreativiti selain menilai akan kekemasan jahitan kami pelajar part 3 yang baru mendaftar di jabatan fesyen.

kemudiannya part 4
Projek hasilkan rekaan pakaian dengan memilih sejenis serangga sebagai subjek kajian. Jenuh aku memikir nak pilih serangga apa. Sehinggalah pada suatu hari aku pulang ke kampung dan ternampak akan serangga riang-riang berterbangan di lampu kalimantang sebelum spesis tersebut menjunam bak terjun tiruk gayanya ke permukaan lantai. Di sebabkan ia mendarat secara cemas, maka berlakulah kecederaan dalaman (barangkali) sehingga riang-riang bernasib malang tersebut tiada daya untuk terbang lagi. Maka, ilham secara spontan pun tiba…lalu aku membelek2 abdomen (betul ke istilah ni?)  riang-riang tersebut sambil mempertimbangkan hasrat untuk memilih ia sebagai subjek kajian. Hati aku terpaut pada bentuk riang-riang yang memiliki dua lapisan sayap. Bentuk serangga tersebut yang muncul dalam bayangan sepintas lalu sebelum struktur ayat ini ditaip menyedarkan aku buat kali ke-2…nampaknya ini adalah kali ke-2 aku memilih bentuk segitiga. Tanpa sengaja, aku telah jatuh hati akan bentuk riang-riang yang kelihatan seperti bentuk segitiga apabila sepasang sayapnya dikembangkan sedikit. Sejumlah 100 lakaran perlu dihasilkan sebelum pilihan akhir rekaan diterjemahkan dalam bentuk potongan pakaian.

diikuti  part 5
Dalam banyak-banyak semester…semester 5 ini paling menguji tahap kesabaran aku. Rekaan jaket perlu disempurnakan jahitannya. Proses untuk menghasilkan sehelai pakaian formal ini sahaja dilakukan dalam tempoh satu semester (6 bulan…tetapi tolak cuti lebih kurang 3 bulan untuk menyiapkan sehelai rekaan). Kalau ikutkan, sebenarnya proses menjahit tak la lama… tetapi memandangkan kelas subjek Pattern Construction (bagi penghasilan pola) dan Garment Making (bagi proses menjahit) ini hanya berlangsung 2 kali seminggu kalau tak silap, maka ia menuntut tempoh yang lama untuk disempurnakan. Menjahit jaket ini tidak semudah menjahit jenis pakaian seperti baju kurung, kebaya dan lain-lain. Ia agak sukar kerana pakaian jenis sebegini mempunyai lapisan dalam (lining) yang perlu dicantum dengan bahagian jaket. Ukuran perlu tepat untuk memastikan kekemasan jahitan. Justeru, ketelitian dalam penghasilan amat ditekankan. Dalam banyak-banyak bahagian jaket, proses mencantum bahu lengan bahagian dalam (lining) dengan bahu lengan luar jaket amat sulit penghasilannya. Cara mencantum adalah dengan menjahit sembat tangan.

Yang aku peliknya…apasal la sehari suntuk bahagian bahu jaket aku tak siap-siap. Ada je yang aku tak puas hati…asyik tetas jahitan berkali-kali. Mana taknya, bila aku cantumkan kain lining bahu lengan dengan kain jaket nampak janggal. Bila disarungkan ke dummy  macam pelik. Kelihatan cacat macam tak rupa lengan baju. Jenuh aku pikir apa silapnya…tapi tak perasan jugak. Mulut aku tak henti-henti merungut…bengang akan bahagian bahu lengan yang tak siap-siap sehari suntuk.  Sehinggalah salah seorang member sekelas aku bernama Amin (sekarang dah jadi pereka fesyen terkenal dengan nama glamernya Amyn Jauhary…pereka batik Malaysia) membelek jaket aku lalu menegur, “lengan baju ko terbalik la!”  Bagi si penegur memang la lucu, tapi bagi si tukang jahit lengan baju terbalik…rasa nak memekik. Si Amin tergelak terbahak-bahak…aku pun gelak jugak. Namun gelak aku bersulamkan air mata…ibarat tawa dalam tangis dan sesekali tangis dalam tawa. Si Amin tak henti-henti ketawa. Kelucuan tersebut terbawa-bawa sehinggalah sekarang…kalau berjumpa pasti kisah lengan bahu jaket aku diungkit semula tapi dalam versi sedikit berbeza bilamana ceita tersebut diubah tajuknya menjadi “jahit siku terbalik”

seterusnya part 6 sehinggalah part 8
Lain kali la pulak aku cerita…

 

27/07/2010

Biskut Tat Bertukar Jadi Capati

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 12:22 am

 

Dua hari lepas singgah di rumah yong (kakak sulung). Kami berborak mengimbas kisah lama… zaman sekolah rendah. Aku pun apa lagi…pucuk dicita ulam mendatang, ambil peluang buka kisah lucu buat lawak jenaka pertemuan kami berdua. Mukadimah sebelum memulakan cerita, “Yong nampaknya lepas ni akan dimasukkan lagi kisah lucu awak dalam blog leny.” Yong hanya tersengih…mungkin tak terkata apa dengan ayat penyata yang spontan keluar dari mulut adik ke-2nya ini.

Intro cerita, “Ingat tak lagi kes tepung yang awak uli lepas tu awak bungkus dalam surat khabar dan campak kat belakang rumah?” Kami berdua serentak ketawa bila aku mula mengingatkan yong kisah tersebut. Tergelak sakan kami berdua sepanjang perbualan mengenang kisah lama. Episod Biskut Tat Bertukar Jadi Capati…

Yong memang minat buat kuih…berbeza dengan aku yang lebih cenderung masak lauk pauk untuk juadah harian. Jadi bila minat tersebut mengalir dalam diri, maka pada suatu hari dalam tahun 1987 (masa tu umur aku 11 tahun dan yong pula 12 tahun) yong dengan bersemangatnya berhajat membuat kuih tat. Lalu, sekilo tepung pun diadun dengan bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan tat. Adunan tersebut kemudiannya diuli menjadi doh sebelum proses membentuk kuih tat menggunakan acuan khas. Aku hanya menjadi pemerhati…sebab beranggapan, biarlah tangan yong sendiri yang menguli sekilo tepung sehingga menjadi doh. Nak buat kuih ni pada pandangan aku macam nak bancuh simen jugak le kaedahnya…kalo terlebih air kang lembik manakala kalo terkurang air pulak kang mengeras jadinya. Tak pasti aku sama ada nak buat kuih tat ni kena campur air atau semata-mata uli serbuk tepung tu dengan mentega atau butter yang dicairkan. Sebab aku sendiri tak pernah buat tat…hanya beli kuih tat cap tunjuk setiap kali Hari Raya.

Berbalik kepada kisah yong tadi…entah apa silapnya, tepung yang diuli tadi hasilnya tak memuaskan hati. Andaian aku sama ada doh tu terlembik, terkeras, berderai atau entah apa-apa gamaknya yang mana hasilnya mengundang rasa tak puas hati yong. Hanya dia yang lebih tahu pada masa itu apa sebabnya. Bila doh tidak menjadi seperti yang diharapkan, maka yong pun buatlah keputusan sendiri…apa dibuatnya? Hahaha…biar aku gelak dulu…

Doh yang diuli sehingga lenguh-lenguh lengan tangan telah dibungkus dengan plastik…plastik tersebut kemudiannya dibungkus pula dengan beberapa lapisan kertas surat khabar. Tebal jugak le lapisan kertas surat khabar tu dijadikan pembalut doh yang diuli yong. Langkah pun diatur ke belakang rumah, lalu bungkusan doh tadi diletakkan betul-betul di atas timbunan sampah rumah kami. Timbunan sampah tu bukanlah sisa-sisa makanan yang basah sebaliknya sampah kering berupa daun-daun kering yang dilonggokkan bonda kami di sekeliling rumah.

Untuk menutup rahsia sekilo tepung yang tak jadi tadi, maka yong pun mengayuh basikal membeli sekilo tepung lain sebagai gantinya. Setelah melalui proses kedua menguli sekilo tepung, akhirnya proses  pembakaran biskut tat seperti yang dihajatkan sempurna sudah. Kalau itu cerita yong di dalam rumah, apa pula cerita di luar rumah? Saat yong sedang asyik dan leka menunggu biskut tat dibakar sambil membentuk tat menggunakan acuan, bonda pula sedang berada di belakang rumah. Rutin harian bonda melakukan pembakaran sampah setiap petang…gamaknya bila lihat bungkusan yang semacam aje gumpalannya, maka bonda pun membuka satu persatu lapisan pembalut sehinggalah menjumpai doh di dalamnya. Apa lagi…

“Inaaaaaaaaaaa……. ###@@&^!!!! ?” (anggap sahaja simbol ini sebagai leteran yang bergaung bunyinya di dasar gegendang telinga). Ahh! sudah…mesti bonda terjumpa bungkusan kat belakang rumah. Rahsia sekilo tepung dah tebongkar nampaknya. Jenuh yong menjawab dan cuba menangkis leteran bonda yang bengang akan tindakan melulu anakandanya. Leteran atas dasar pantang membazir sebenarnya.

Lalu doh tadi masuk semula ke dapur setelah beberapa jam terbakar secara semulajdi dek panas terik matahari. Nasib sekilo tepung dalam bentuk doh tersebut berakhir di atas kuali apabila resepi capati menjadi juadah kami satu famili di petang hari setelah doh yang tak jadi tadi dimodifikasi…

Moral cerita…lain kali kalau uli tepung tapi tak jadi, jgn cepat nak buang ke tepi! Masih ada cara untuk diselamatkan daripada dihumban sehingga menyebabkan pembaziran…

Renung-renungkan… =)

29/06/2010

Lengan Tiga Suku…Lipat Hingga ke Siku

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 8:07 pm

 

Kisah lucu kali ini bukan tentang aku, tapi tentang yong (kakak sulung). Dah lama sebenarnya aku nak kongsikan kisah lucu ni setelah tangguh punya tangguh nak menulis. Kisah berlaku masa aku darjah 4 tahun 1986…kira masa tu yong dalam darjah 5 (kami berbeza setahun usia). Kami berdua bersekolah di SK Sura di Dungun, Terengganu semasa peristiwa ni berlaku.

Kalau ditanya perasaan yong pada masa tersebut…pasti dijawab yong, “malu…” tapi kalau soalan sama diajukan pada aku, pasti jawapannya, “lucu…” Hal demikian samalah dengan mana-mana individu yang mengalami peristiwa yang agak mengaibkan…yang terkena pasti malu manakala yang melihat pasti tersengih melihat gelagat yang disifatkan lucu. Cuma yang memahami keadaan akan bersimpati. Tapi memandangkan usia aku masa tu 10 tahun, jadi rasa lucu tu lebih menguasai diri.

Apa sebenarnya yang berlaku. Bila engkorang membaca sebaris tajuk di atas, aku yakin rata-rata akan dapat mengaitkan kisah lucu ini dengan fesyen pakaian berdasarkan kata kunci “lengan tiga suku” dan “lipat.” Hmm…begini kisahnya:

Aku dengan yong mula memakai baju kurung semasa kami bersekolah di Dungun. Pihak sekolah mewajibkan semua murid perempuan menutup aurat dengan berpakaian baju kurung dan bertudung ke sekolah. Sebelum berpindah ke Dungun, gaun paras lutut dengan kemeja lengan pendek menjadi pakaian rasmi kami ke sekolah. Dipendekkan cerita, lantaran undang-undang sekolah yang mewajibkan kami berpakaian baju kurung…bonda pun dengan bersusah payah menjahit baju tradisional tersebut untuk kami berdua. Masing-masing mendapat 2 pasang seorang. Namun kami berdua punya cara tersendiri dalam menggayakan baju kurung tersebut ke sekolah. Lengan yang dipotong dan dijahit hingga ke paras pergelangan tangan digayakan dengan cara melipat lengan tersebut hingga hampir ke siku. Bonda beberapa kali menegur, “Lengan elok-elok panjang sampai ke hujung, apasal nak lipat hingga ke siku?” Aku dan yong tak pernah menganggap teguran tersebut dibuat secara serius…biasalah bab tegur-menegur ni memang dah jadi lumrah. Jadi aku dan yong beranggapan ia hanyalah celoteh rutin bonda kepada kami berdua.

Tersebutlah kisah…pada suatu pagi ketika yong bersiap-siap ke sekolah. Aku mendengar rungutan yong…ala-ala jeritan kecil gitu (sebab yong aku ni lemah lembut orangnya…kalau aku dah terpekik gamaknya). Sambil muncung-muncung, yong mengomel…ditujukan buat bonda yang turut berlegar di situ ketika itu, “Apasal mak potong lengan baju?” Bonda dengan selamba membalas, “Bukan ke awak suka lipat lengan baju, jadi lebih baik mak potong paras siku…” Antara ingat dengan tak ingat…tak pasti sama ada yong menangis secara senyap, tapi yang pastinya aku tergelak tak dapat menahan lucu. Perasaan yong pasti malu kerana lengan baju kurungnya yang cacat jadi fesyen  tiga suku. Sebenarnya bonda tak le memotong betul-betul hingga paras siku…ada lebihan 2 inci dari paras siku. Walaupun lengan baju dah pendek, yong tetap juga melipat lengan tersebut…hanya 2 lipatan kecil. Kalau tak dilipat dah tentu yong lebih malu kerana pasti ketara bahagian lengan yang dipotong. Sekurang-kurangnya 2 lipatan tersebut dapat menyembunyikan kecacatan kekal yang berlaku pada bahagian lengan tersebut. Aku yakin tindakan nekad bonda tu dah di tahap gaban…tu pasal bonda tergamak bertindak sedemikian. Kesudahannya…fesyen kurung tradisional yang sempurna jadi fesyen kurung lengan tiga suku lipat hingga ke siku…tak ke lucu namanya tu

 

p/s: Bonda bukan setakat potong lengan baju, potong wayar televisyen pun pernah sehingga      kami adik-beradik berbulan-bulan tak dapat menonton tv. Bonda memang tegas…tapi ketegasan itulah yang membuatkan kami semua anak-anaknya terdidik…

16/06/2010

Gara-Gara Serbuk Milo

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 11:17 pm

 

Kisah minggu lalu mengingatkan aku tentang kisah lalu…justeru lahirlah ilham untuk berkongsi cerita dalam ruangan Diari Lucu: Dulu-Dulu

 

Tin Milo yang dah sekian lama jadi perhiasan kat dapur belum lagi dirasmikan pembukaan penutupnya…(Foto terbaru yang dirakam selepas serbuk milo dalam tin terdahulu masuk angin)

 

Kisah seminggu sebelum artikel ini dimuatkan dalam
sanggar www.jejakmihrabmimbar.wordpress.com

Tiba-tiba rasa seperti nak celup roti dalam air milo. Lalu langkah pun diatur menuju ke ruang dapur yang jaraknya hanya 3 langkah dari tempat duduk aku melayari blog seperti selalu. Sudu diambil untuk mencungkil sedikit penutup tin milo…”Adoyaiii…masuk angin ler pulak!” Serbuk milo dah bertukar menjadi seperti ketulan gula melaka…mengeras. Kalau baling ke dinding pun belum tentu boleh pecah. Lalu niat untuk minum walau seteguk tak kesampaian, apatah lagi nak bancuh secawan untuk dinikmati bersama roti gardenia. Kesudahannya, serbuk milo berganti dengan serbuk nescafe.

Saat memandang ketulan serbuk milo yang dah masuk angin tadi…aku tersengih seorang diri. Terkenang kisah lalu masa aku darjah 5…kisah di mana aku ‘terkantoi’ gara-gara serbuk milo. Susu jenama Nespray dan Milo adalah minuman harian aku sekeluarga. Setiap hari sebelum pergi ke sekolah, bonda akan bancuh seteko besar susu atau milo (campuran susu + milo) untuk sarapan semua anak-anak. Jadi setiap bulan, ayahanda akan membeli 1 tin besar susu dan milo untuk minuman kami semua. Aku pulak bukan setakat minum milo, tapi bila ada kesempatan akan ambil kesempatan mencedok serbuk milo ke dalam cawan lalu makan serbuk tu macam meratah makanan. Aktiviti ni aku jalankan secara senyap dengan menjadikan bilik tidur sebagai markas persembunyian. Sebaik secawan serbuk milo dah berada dalam genggaman, maka ibarat lipas kudung aku akan melangkah laju masuk ke bilik…mengunci tombol pintu dari dalam seterusnya menikmati serbuk milo tadi dengan penuh asyik. Sedapnya rasa milo kat tekak aku pada waktu itu umpama dapat menjamah coklat cadbury. Zaman tu…serbuk milo adalah coklat yang paling sedap dek kerana aku jarang dapat peluang membeli coklat di pasaraya. Setakat gula-gula ala lollipop tu aje la yang agak popular ketika itu…atau sememangnya ayahanda dan bonda memang tak biasa beli coklat untuk kudapan kami semua.

 

Imbas kisah dulu-dulu… (masa darjah 5)

Berbalik kepada kisah serbuk milo tadi…nak dijadikan cerita, satu hari aku teringin benar nak ‘curi-curi makan.’ Lalu, aku pun mengajak kakak sulung aku sertai aktiviti aku yang tak ‘semenggah’ tu. Dipendekkan cerita…makan la kami 2 beradik dalam bilik. Gelagat kami yang tak keluar bilik (atau mungkin bunyi sudu yang berdenting-denting) membuatkan bonda rasa curiga. Dengan tak semena-mena pintu bilik kami diketuk bertalu-talu. Aku hampir tersedak saat menikmati serbuk milo yang baru nak masuk beberapa suapan. Dalam keadaan ‘cuak’ aku mengarahkan kakak sulung (yong) memasukkan cawan milo kami berdua ke dalam almari. Cawan itu aku sorokkan dicelah-celah pakaian dengan tujuan untuk sembunyikan aktiviti ‘gelap’ kami. Bila pintu dibuka, bonda menyergah, “Buat apa kunci bilik?” Dengan selamba (dalam hati gabra sebenarnya), aku jawab, “Takde apa-apa…saja je”

Di sebabkan tak nak bonda terus-menerus curiga, aku dan yong pun keluar dari bilik dan lepak di ruang tamu sehinggalah kami tertidur. Bila dah bangun dari tidur…entah macam mana kedua kami langsung tak ingat akan serbuk milo yang disembunyikan dalam almari pakaian. Beberapa hari kemudian…semasa pulang dari sekolah bonda membebel kepada kami berdua. “Oooo patut la serbuk milo cepat habis…rupa-rupa ni kerja awak berdua! Ratah milo kerjanya.” Terkejut dan terkedu aku mendengar ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut bonda. Spontan aku teringat cawan berisi serbuk milo dalam almari pakaian yang kami berdua lupa nak keluarkan. Nak tau macam mana bonda boleh hidu aktiviti kami berdua? Semut-semut di rumah kami yang tunjukkan arah lokasi serbuk tadi disembunyikan. Rupa-rupanya bonda memerhati barisan semut yang bergerak menuju ke almari pakaian. Bila diselak satu-persatu pakaian, maka tersingkaplah sebuah rahsia serbuk dalam tin milo yang sering luak sebelum waktunya…Kerja sapa? Sapa lagi kalau bukan aku…yong hanya jadi ‘pak turut’ yang boleh aku labelkan sebagai ‘teman makan.’

Sekarang ni jenuh nak menghabiskan setin milo…adakalanya hampir setahun pun masih ada serbuk milo sebab jarang nak minum. Tak seperti dulu…tiap-tiap hari kena minum milo yang bonda bancuh. Milo oh Milo…kau buatkan aku terkenang kisah ‘Gara-Gara Serbuk Milo’

 

07/06/2010

Guru @ Doktor @ Saudagar =?

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 4:16 pm

 

Izinkan saya menggunakan kata ganti nama ‘aku‘ dalam catatan kisah yang dipaparkan dalam Diari Lucu: Dulu-Dulu…

 

Cikgu  : Cita2 dh besar nk jd apa?
Aku    : Guru, doktor, saudagar
Cikgu  : Saudagar apa?
Aku    : Saudagar kain…

Itulah dialog di antara aku dengan cikgu masa darjah 1 (1983). Cita2 aku x prnah berubah. 3 jenis bidang berbeza yg dipilih sejak dari usia aku 7 tahun hinggalah tamat persekolahan. Mungkin ‘tang’ perkataan saudagar tu membuatkn cikgu bertanya aku, “Apakah jenis barang dagangan yg awk nk berniaga?”. Mcm ‘gah’ bunyi perkataan saudagar yg jadi pilihan, tp itulah hakikatnya. Mmg aku suka sebut perkataan tu. Aku memplagiat perkataan saudagar tu dari buku Aladdin yang ayah beli. Masih segar dlm kotak fikiran, ilustrasi penjual kain yg dilabelkan sebagai saudagar dlm buku yang aku baca tu.

 
Kenapa Guru?

Sebab aku suka bercerita (kadang2 mcm tok selampit @ penglipur lara), berkongsi idea & memberi motivasi (Mmg akhirnya aku berjaya jd guru dr tahun 2002-2008)

 
Habis tu bagaimana dgn. doktor?

Sebab dari umur 6 tahun aku suka jd sukarelawan jaga saudara mara yg sakit di hospital. Aku sanggup tidur atas lantai jaga orang sakit. Nak tau apa sebabnye? Sbb aku suka bau ubat kat hospital. Pelik tapi itulah kebenaran yg tak mampu aku nafi dan x perlu korang pertikaikan. Mmg aku x berjaya jd doktor perubatan, tp kini aku sedang dlm pengajian doktor falsafah…moga dgn izin Allah aku brjaya melaluinya.

 
Apehal pulak Saudagar?

Tu la pasal…gara2 baca buku cerita Aladdin, terus aku berkenan dgn perkataan ‘saudagar’. Nmpk dlm ilustrasi saudagar tu bawa bergulung-gulung kain, jd aku pun brharap dpt jd mcm saudagar tu. Mmg aku x jd saudagar, tp aku hanya dapat tempiasnya. Buktinya, aku bergelumang dlm bidang senireka fesyen masa dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda yg memerlukan aku sentiasa memotong gulungan kain.

 
Moral Cerita?

Perlu ada cita2…ianya bersangkut paut dengan matlamat hidup kita!

 

Orang Minyak Naik Minyak

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 4:14 pm

 

Imbas kembali peristiwa lama setelah seorang teman lama mula membuka cerita…

Dari sekolah rendah lagi aku dah biasa dengar nama Orang Minyak (OM). Di sebabkan hanya dengar nama tapi tak pernah terserempak, jadi taklah rasa takut menyelubungi diri aku. Tapi ada satu peristiwa buat aku benar-benar jadi takut dan cemas bila mengenangkan kisah OM ni. Kejadian berlaku pada 1989 (aku form 1). Masa tu family aku tinggal di tingkat 3 Kolej Cempaka 2, UiTM Shah Alam (ayah aku Resident Staff masa tu).

Nak dijadikan cerita, malam kejadian hanya aku dan kakak sulung yang tinggal di rumah sebab family aku yang lain semuanya pulang ke kampung. Kebetulan malam tu aku tidur lewat sebab layan lagu melalui corong radio. Agak-agak mata dah mula nak mengantuk, tiba-tiba terdengar bunyi pintu rumah diketuk bertalu-talu. Mau aku tak cemas, entah siapa yang ketuk kedegung gedegang tengah-tengah malam buta. Dalam ketakutan aku memberanikan diri menuju ke arah pintu. Aku tanya, “Siapa?” dan suara diluar pula menjawab, “Dik, bukak pintu…cepat keluar!.” Masa aku rapatkan telinga kat pintu, kedengaran suara riuh rendah kat luar. Aku pun cepat-cepat buka pintu dan keluar dengan kakak aku. Kat luar aku lihat ramai kakak-kakak kolej aku yang sedia menunggu. Ada yang sedang pegang batang penyapu, tak kurang juga ada yang muka bertempek dengan bedak sejuk. Masing-masing masih berpakaian tidur yang tak sempat ditukar dek kerana tergesa-gesa agaknya.

Tanpa banyak bertanya, aku dan kakak sulung mengikut saja kakak-kakak tu turun ke bawah. Dalam pada itu terdengar suara abang-abang kolej Perindu (Cempaka 2 berhadapan dgn Perindu) terpekik terlolong melaung-laung, “Kejar….kejar…Orang Minyakkk….” Suara pekikan tu makin lama makin dekat. Rupa-rupanya sekumpulan pelajar lelaki kolej perindu sedang berlari menuju ke arah kolej kami. Aku terdengar ada di antara mereka sebut, “tangkap…tangkap…” Tak pasti aku apa yang mereka sedang kejar dalam kepekatan malam, sebab tak pula aku nampak sebarang kelibat yang dikejar mereka. Keadaan riuh rendah tu berlaku hampir satu jam. Kumpulan kakak kolej aku mulai naik ke bilik masing-masing setelah suasana agak reda. Mereka semua bersepakat tidur beramai-ramai. Aku dan kakak sulung turut bermalam dalam bilik kakak-kakak tu. Bimbangkan keselamatan kami, lantas mereka mengajak kami bermalam di bilik mereka. Esok paginya, kecoh kakak-kakak tu bercerita kejadian malam sebelumnya. Aku pun memasang telinga sebab nak tau apa kisah sebenarnya dan kesudahan cerita episod kejar-mengejar malam tu.

Menurut cerita, kononnya beberapa orang pelajar lelaki kolej Perindu nampak kelibat yang mereka syak sebagai OM dekat kawasan kolej Cempaka 2. Jadi mereka yang berperanan sebagai HERO tadi bergegas turun dan berlari ke arah kolej kami dengan harapan nak tangkap lembaga tu. Ada yang mendakwa semasa adengan kejar mengejar, lembaga tadi bertukar menjadi kucing. Tak kurang juga, ada yang kata menjelma jadi musang. Episod kejar mengejar tu berakhir dengan penat lelah tanpa HERO2 tadi dapat menangkap lembaga OM yang dah hampir 2 minggu bermaharajalela (biasanya gangguan OM ni berlaku bila tiba time nak periksa).

Apa yang meralatkan, dek kerana peristiwa kejar mengejar tu, salah seorang daripada pelajar lelaki kolej Perindu patah riuk sebab terjatuh. Patah kaki kalau tak silap. Budak tu tergolek jatuh masa nak turun dari tangga kolej. Hajat untuk menyertai geng2 lain berakhir di bawah kaki tangga. Geng2 yang lain tetap meneruskan misi mereka mengejar lembaga didakwa OM tanpa menyedari seorang rakan mereka dah tergolek menanggung kesakitan. Semuanya gara-gara Orang Minyak Naik Minyak. Begitulah penangan kisah OM di kampus UiTM…

 

Sama Rata untuk Sama Rasa

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 4:10 pm

 

Terkenang kisah berpuasa bersama teman2 sekampus. Paling aku tak dapat lupakan, tragedi terlajak berbuka puasa. Biasa la, bila dah balik dari kuliah, masing-masing kepenatan. Kononnya nak baring sekejap. Kesudahannya terlajak hingga jam 8.00 mlm (mujur bkn 8.00 pg keesokan harinya). Bilik 6508 (Jati F2) lokasi tragedi berlaku. Aku, k mah (textile) dan tini (graphic) jadi mangsa tragedi itu. Aku tak pasti sape terbangun dulu. Tapi yang aku tak boleh lupa, bagaimana salah seorang daripada kami yang terbangun tu menjerit membangunkan yang lain. Melompat kami bangun dan lari bertempiaran mencari sesuatu untuk dijamah. Tetiba salah seorang dari kami nampak tin biskut. Apa lagi, terkam tin biskut tu macam orang kelaparan. Cara kunyah biskut tu pulak macam orang kemaruk makan. Yang lucunya, tin biskut tu takde sape pun yang pandang, apatah lagi nak ambil isinya (biskut) untuk dikunyah sebelum tragedi tu. Insiden tu, dalam pahit, ada manisnya. Pahitnya menahan rasa lapar dek kerana terlajak berbuka tapi kemanisannya terpalit nilai setiakawan dalam mengharungi susah senang bersama. Aku yakin sekiranya pada masa tu hanya ada serdak dalam tin biskut tersebut, kami tetap akan mengagihkannya SAMA RATA untuk SAMA RASA…

Aku Sama Aje…Dulu, Kini & Selamanya

 

Lawyer vs Loyar Buruk

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 4:08 pm

 

Tarikh: 10 Julai 2009

Hari ni, tak tau ke mana arah hendak aku tuju. Jadi tanpa dirancang aku mengorak langkah ke Mahkamah KL. Bukan sbg defenden, plaintif, saksi @ wali. Tapi saja2 masuk menemani kakak sulung (yong). Pengalaman pertama hadir perbicaraan kes saman yg mana yong selaku lawyer mewakili pihak bank (plaintif). Tercegat aku sorang2 kat kerusi panjang. Saje aku nk tgk aksi & gelagat yong dlm kot hitam. Realitinya, amat berbeza dgn bidang kerjaya aku. Aku hanya layak jd geng PEKIDA. Kalau jadi lawyer…gamaknya dh ramai jd mangsa terkaman! Al maklum la, profesion diaorg bkn bersulamkan emosi tetapi sebaliknya lebih rasional. Peguam ni berkata2 ttg fakta sahaja. Bukti yg kukuh tu la yang jadi faktanya. Xde nk buat hipotesis masa berhujah. Aku pun ada masanye jd lawyer jugak….LOYAR BURUK!

P/S: Yong, maaf kerana ingkar! Pesanan agar offkn HP diabaikan. Sempat ku merakam aksi2 lawyer serta ukiran2 pd siling dan dinding masa perbicaraan.

 

Lesen sebelum Pencen

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 4:03 pm

 

Perbualan di antara aku dengan Prof. Dr. Zakaria Ali pada suatu petang di bulan Oktober 2009…

Prof : Kenapa awak tak naik kereta, tapi naik kenderaan awam ke fakulti?
Aku : Fobia Prof…
Prof : Apasal pulak?
Aku : Trauma sbb beberapa kali accident…Masa ujian memandu nk ambil lesen pun accident jugak.
Prof : Bukan apa, rasanya lagi banyak kos awk kena keluar naik kenderaan awam ni. Bazir masa & tenaga jugak.
Aku : Tak apa la prof, biar la membazir duit, masa & tenaga…janji hati saya senang..

Begitulah kehidupan aku…ke sana ke mari berkenderaan awam. Ape sebabnya? Pasal trauma yang sukar aku kikis dalam diri. Itu ler kelemahan yang aku sendiri tak pasti sampai bila akan berakhir. Selagi tak ambil lesen, selagi itulah takde kesudahan kisah hidup aku ni.

Lepas SPM (1993), aku terus daftar unt belajar memandu. Masa tu daftar kat salah sebuah Kelas Memandu di Tg Malim. Mula2 mmg aku tak nafikan betapa seronoknya dapat pegang stereng. Laluan masa belajar tu kat jalan Slim lama. Ada masa aku tekan minyak, sampai pak cik  yang ajar memandu tu sound…”Engko ni laju2 nak kejar apa?” Lepas kena tegur, aku bawa perlahan2.

Tapi ada satu hari tu, time aku tengah bawa dgn kelajuan 80km/jam, x semena2 pak cik menjerit, “Tekan minyak!” Aku pun mcm org kena rasuk pegi tekan minyak…Sambil kereta meluncur laju aku tanya, “Pak cik, apasal nak tekan minyak?” (Aku tanya bukan apa…sbb keliru dia suruh pandu laju, padahal selama aku belajar dia selalu tegur jgn. bawa laju2). Rupanya ada ular menyusur melintang jalan, jd sbb itu le pak cik tu suruh aku tekan minyak. Dia nak lenyek ular yang ada depan mata rupanya. Mujur ular tu tak mati! (Ye la…buat apa nak bunuh ular tanpa sebab, bukannya mendatangkan bahaya pun). Aku pulak jadi sasaran bebelan pak cik tu  sebab x berjaya lenyek ular tersebut.

Ni pulak episod klimaks hingga membuatkan luluhnya semangat aku…

Lagi 2 minggu nak pegi JPJ, aku accident. Mujur tak jadi apa2, tapi yang tak syoknya, berkecai lampu selain kemek belakang kereta pak cik tu aku kerjakan. Apa puncanya? Entah kenapa mood aku hari tu tak baik. Memang dah jadi kebiasaan lepas tamat je waktu belajar memandu, pak cik tu selalu pelawa aku minum petang. Mmg le seronok minum free, tapi yg x seronoknya bila aku kena melangut dengar dia berborak dgn geng2 dia kat kedai tu. Disebabkan mood aku yang tak baik, jadi pelawaan pak cik tu aku tolak. Justeru, akupun beri alasan nak menunggu sahaja dalam kereta dan minta pak cik tu pergi minum dengan member2 dia. Kebetulan kereta tu aku parking seberang jalan betul2 berhadapan dengan kedai yang selalu pak cik tu singgah.

Sebaik pak cik tu turun, dia jengukkan kepala dan pesan kat aku yang masih ada dalam kereta, “Daripada awak menunggu tak buat apa2, baik awk reverse atau bawa kereta ni. Awak pun dah cekap memandu.” Aku yang patuh dan taat ni pun mengangguk je la…

Sebaik pak cik tu berpusing nak melintas jalan menuju ke kedai yang berada di seberang, aku dah start enjin nak reverse. Sedang kereta berundur dan membelok ke kiri, tiba2PRAANGGG!!! terus termati enjin (aku terlanggar tembok batu masa mengundur). Pak cik tu yang masih berada di tengah jalan terus berpaling…orang ramai kat kedai tu semua bangun dan memerhati kereta termasuk la aku yang tersadai kat tempat duduk depan. Aku terpinga-pinga mcm orang kena suntik dengan pelali. Yang pak cik tu pulak, cepat-cepat berlari dan berpatah semula ke arah keretanya yang remuk aku kerjakan. Sambil tu mulut dia tak henti2 mengomel…macam-macam cercaan yang terpacul dari mulut dia. Lidah jadi kelu, lantas membuatkan aku membisu. Lantak la apa sahaja yang pak cik tu nak berleter, kalo aku jawab pun takdemaknanya…dia tengah panas dan angin satu badan. Macam kena sampuk je lagak orang tua tu.

Disebabkan insiden tu, terus pak cik tu masuk dalam kereta dan hantar aku pulang. Mujur kereta tu masih boleh bergerak walaupun kemek di belakangnya. Macam-macam perkataan yang dilemparkan kat aku. Aku pekakkan telinga. Aku bagi peluang dia bercakap sepuas-puasnya. Sebaik turun dari kereta, pak cik tu pesan agar bayar gantirugi kereta dia yang aku rosakkan.

Masuk je dalam rumah, aku terus berlari dalam bilik. Berkurung tak keluar-keluar hinggalah ayah panggil aku keluar untuk makan malam. Aku buat x dengar je, tetap berkurung dalam bilik. Tak selera sebenarnya, dan aku x tau mcm mana nak explain kat ayah. Akhirnya, ayah masuk dan tanya apa halnya taknakkeluar makan? Aku pun cerita dari A to Z…Yang aku tak sangka, ayah tenang je. Dia x marah aku langsung, sebaliknya salahkan pak cik tu. Kata ayah, itu bukan salah aku, tapi pak cik tu sebab biarkan aku memandu sorang2 tanpa guru. Aku pun terus bagitau ayah, taknak memandu dah. Ayah tak marah juga tak memaksa aku meneruskan, walhal ayah dah jelaskan semua duit belajar memandu kat pak cik tu.

Setiap orang ada kelemahan, begitu juga aku. Sebetulnya, ia bukan masalah yang paling besar pernah aku lalui dan hadapi dalam hidup, tetapi entah kenapa ia jadi satu kelemahan yang paling sukar ditangani. Aku tak pernah kesal sebab tak ada lesen sebelum ni, tapi aku kesal kalo masih tak ada lesen sebelum aku pencen nanti….

Sorotan Tragedi…

Tragedi 1 (1988) :  Terjadi masa pulang dr sek (masa tu dlm van dipandu emak). Motorsikal dr arah bertentangan hentam kat tpt aku duduk.

Tragedi 2 (1991) : Tercampak atas jalan sbb brek basikal rosak. Nasib baik x masuk dalam tasik Shah Alam

Tragedi 3 (1993) : Masa belajar memandu (seperti cerita di atas)

Tragedi 4 (1996) : Motorsikal yang aku pandu terperosok dalam longkang. Aku berada dalam posisi kona baring dalam longkang tu. Mujur tak patah riuk. Sepupu aku (Baizura) yang membonceng di belakang sempat melompat turun. Kalo tak dgn dia2 sekali berkaluk dgn aku dlm longkang. 

 

The Rubric Theme Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.