Jejak Mihrab & Mimbar

10/02/2010

Kalimah ALLAH

Filed under: Kalimah ALLAH — Harleny Abd Arif @ 4:05 pm
 
 

KALIMAH ALLAH

TANDA KEBESARAN ILAHI   

   

Saya pernah mengikuti Kursus Siji Perguruan Khas (KSPK) Pendidikan  Seni Visual (Sekolah Menengah) pada bulan Januari hingga Disember 2007 di Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK) Cheras. Semasa menjalani  kursus tersebut, saya telah diberi tugasan menghasilkan karya catan. Proses pertama sebelum berkarya adalah memilih subject matter dan tema. Pada mulanya, saya agak buntu memikirkannya. Idea awal adalah hidupan di dasar lautan. Namun, minda mula tersekat apabila cuba mengaitkan subject matter tersebut dengan tema dan isu yang akan diketengahkan dalam karya.  

Dalam kecelaruan membuat pilihan, bayangan kulit luar nashkah Al-Quran menerjah fikiran. Berhari-hari saya cuba memikirkan kaitan di antara bayangan yang wujud  dalam  imaginasi  dengan subject matter nanti. Akhirnya, rekabentuk mihrab terjelma di ruang  mata. Bagi anda yang baru pertama kali mendengar, pasti tertanya-tanya tentang takrifannya. Mihrab adalah ruang paling hadapan dalam masjid tempat imam memimpin solat berfungsi sebagai penanda arah kiblat. 

Tema Isyk Ilahi diketengahkan dengan tulisan kaligrafi kalimah ALLAH sebagai penambahan dalam ruang karya. Bermula dari saat inilah saya mula berminat mencari  apa jua bahan  rujukan  yang memaparkan  kalimah  ALLAH pada setiap ciptaan di muka bumi untuk mengaitkannya dengan kebesaran ILAHI. 

 

Karya Mihrab 1

Akrilik (125 cm x 93 cm)

 

Karya Mihrab 2

Akrilik (125 cm x 93 cm)

 

Kalimah ALLAH diterjemahkan dalam karya catan bersaiz 125cm x 93cm  ini. Konsep ‘Refleksi Diri’ yang diketengahkan merujuk kepada kejadian manusia. Manusia adalah sebaik-baik kejadian adalah biasan daripada sifat KAMAL (SEMPURNA) dan(JAMAL) INDAH ILAHI. 

 

“ALLAH MAHA INDAH DAN CINTAKAN KEINDAHAN” 

Hayatilah setiap kejadian dengan akal kerana setiap dari penciptaan tersebut mempunyai manfaat tersendiri sejajar firman ALLAH dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”

SUBHANALLAH…

Dengan izin ALLAH, KebesaranNYA telah diperlihatkan di hadapan mata…

 

Kalimah ALLAH di atas langit

Foto ini dirakam pada bulan Ramadhan tanggal 5 September 2009 (Sabtu). Saya tiba di masjid Tengkera ini untuk menjalankan tinjauan terhadap rekabentuk mihrab, mimbar serta dekorasi bahagian dalam dan senibina  luarnya. Seperti biasa, foto dirakam untuk tujuan pengumpulan data. Kalimah  ALLAH yang berada di atas langit hanya disedari setelah proses mencuci foto dilakukan.  

   

Kalimah ALLAH pada buah tomato

Ini pula kalimah ALLAH yang saya temui ketika sedang membuat persediaan untuk memasak. Ianya ditemui setelah buah tersebut dibelah kepada dua bahagian pada  tanggal 10 Februari 2010. Tiba-tiba tergerak hati ingin melihat keratan rentas buah  tersebut. Takjub apabila melihat dengan jelas kalimah ALLAH di permukaan isi dalamnya.  

   

Kalimah ALLAH di cuping telinga

Sedarkah kita bahawa cuping telinga manusia diciptakan dengan bentuk  menyerupai kalimah ALLAH. Di atas adalah foto yang saya rakam pada cuping telinga seorang kanak-kanak.  

   

Kalimah ALLAH di belakang tangan

Begitu juga tapak tangan dengan lima jari kita yang seakan membentuk kalimah ALLAH. Foto ini saya peroleh dalam sumber rujukan bertajuk Perkara Aneh & Ganjil di Dunia oleh Jaafar Al-Siddiq. 

 

Renungkanlah setiap penciptaan di langit dan di bumi dengan MATA HATI…

 

 

 

6 Komen »

  1. Nice blog. Teruskan! :]

    Komen oleh MerahSilu — 11/02/2010 @ 2:44 am | Balas

  2. Tahniah..!!!teruskan usaha anda bagi mencapai apa yang dikehendaki…doa saya sentiasa mengiringi anda..

    Komen oleh avio8 — 11/02/2010 @ 6:20 am | Balas

  3. salam, semoga lebih sabar dan tabah dalam setiap usaha yang anda lakukan…sudah pasti doa-doa kami semua sentiasa bersama anda!!

    Komen oleh ina junaida — 01/03/2010 @ 10:05 am | Balas

  4. subahanallah maha suci Allah..hidup dan mati hanya kerana Allah

    Komen oleh sahabat lama — 15/10/2010 @ 3:51 pm | Balas

  5. Assalam..Suami saya mempunyai kalimah Allah di blkg bdn nya.. Allah Maha Berkuasa.

    Komen oleh feir — 19/05/2012 @ 2:15 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: