Jejak Mihrab & Mimbar

25/02/2010

Istana Maimoon

Filed under: Istana Lama — Harleny Abd Arif @ 8:45 am

 

Tarikh : 05 Oktober 2009
Lokasi : Istana Maimoon, Medan

 

Istana Maimoon terletak di ibukota Medan, kira-kira 3 kilometer dari Bandar Polonia dan 28 kilometer dari Pelabuhan Belawan. Bangunan ini dibina atas sebidang tanah berukuran 217 x 200 meter dan di kelilingi pagar besi setinggi 1 meter menghadap ke timur. Di sebelah baratnya mengalir sungai Deli manakala di sebelah selatannya terdapat bangunan kedai dan permukiman. Bahagian utara pula dibatasi oleh Jalan Tanjung Meriam. Lokasi istana ini terletak berdekatan dengan Masjid Raya Al-Mashun.

 

Sesi lawatan dan rakam foto Istana Maimoon dijalankan selepas membuat tinjauan ke Masjid Raya Al-Mashun.

 

Anak tangga menuju ke ruang serambi luar istana. Pengunjung perlu menanggalkan sepatu sebaik melangkah ke ruang serambinya.

 

Ini pula ruang serambi sebaik melangkah naik dari anak tangga. Pengunjung boleh bersantai di ruang tempat duduk disediakan pihak pengurusan istana.

 

Serambi pada bahagian sayap kiri dan kanan bangunan dengan deretan tiang-tiang penyangga.

 

Meja kayu berukir indah diletakkan di bahagian kiri dan kanan pintu masuk utama menuju ke ruang dalam istana.

 

Ruang permukaan lantai serambi dengan pola hiasan geometri diperbuat daripada kemasan jubin. Terdapat empat ruang pada bahagian dalam istana.

 

Ukiran kerawang menghiasi bentuk kubah yang terdapat pada bahagian atas kepala pintu.

 

Ruang pertama sebaik pengunjung melangkah masuk dari ruang serambi di luar istana.

 

Ruang kedua sebaik melangkah dari ruang pertama. Perhatikan individu yang berdiri di  hadapan gerbang utama… kedudukan lampu ini pula tergantung di atas siling di ruang kedua. Ada dua lagi ruang sekiranya pengunjung masuk ke gerbang seterusnya menjadikan keseluruhannya empat ruang dalam bangunan istana lama ini.

 

Permukaan atas siling di ruang dalam istana diperindahkan dengan motif arabes.

 

Singgahsana ini ditempatkan di ruang kedua bahagian dalam istana. Rekabentuk kubah dipasang pada bahagian atas singgahsana dengan buton di atas puncaknya.

Di bawah ini pula  adalah sebahagian daripada potret pemerintah Istana Maimoon yang sempat saya rakamkan fotonya…

 

Sultan Osman Al Sani Perkasa Alamsyah

Memerintah dari tahun 1945 hingga 1967

 

Sultan Otteman Mahmud Perkasa Alam

Memerintah dari tahun 1998 hingga 2005

 

Sultan Mahmud Arya Lamantjiji Perkasa Alam

Memerintah dari tahun 2005 sehingga sekarang

 

Lambaian terakhir sebaik keluar dari perkarangan istana…Bangunan istana semakin jauh dan kabur dari pandangan mata…

Setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan bersama para tetamu blog jejakmihrabmimbar dalam siri lawatan ke istana lama…Ada rezeki dan kesempatan, saya paparkan kunjungan ke  istana lama yang lain pula…

 

3 Komen »

  1. saya selalu datang kesini,solat tarawih,melawat makam diraja, ada permaisuri yang pangkal namanya seperti bangsawan kelantan-patani memakai gelar bangsawan CHE, entah kapan lagi bisa kesini.
    kesultanan ini berpecah kepada dua kerajaan satu lagi dipanggil kesultanan serdang

    Komen oleh Baba Syarif — 25/02/2010 @ 10:18 am | Balas

  2. ada banyak lagi masjid tua di sumatera, seperti masjid sultan langkat di tg.pura sumatera utara, masjid raja tangung balai di riau, masjik kesultanan siak di riau, masjid kesutanan palembang di palembang, masjid sultan jambi dll.

    Komen oleh Baba Syarif — 25/02/2010 @ 11:19 am | Balas

    • Terima kasih atas makluman saudara…InsyaAllah, ada rezeki dan kesempatan teringin juga saya menjejakkan kaki ke sana. Saya juga punya hasrat untuk melihat lebih dekat masjid tertua di Kepulauan Melayu iaitu Masjid Agung Demak (1474) di Jawa Tengah begitu juga dengan Masjid Agung DiRaja, Banten (1565) di Jawa Barat…

      Komen oleh harlenyabdarif — 25/02/2010 @ 11:37 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: