Jejak Mihrab & Mimbar

25/02/2010

Masjid Raya Baiturrahman

Filed under: Masjid-Masjid Tua di Semenanjung — Harleny Abd Arif @ 1:19 pm

 

Tarikh : 28 September 2009
Lokasi : Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh

 

Masjid Raya Baiturrahman  ini menjadi kebanggaan rakyat Acheh sejak dahulu hingga sekarang. Masjid ini menurut sejarah mula dibangunkan semasa kerajaan Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Namun, fungsi masjid sebagai tempat ibadah mulai terasa semasa Kerajaan Acheh diperintah oleh Sultan Alaidin Mahmud Syah (1870-1874). Terdapat 2 kali cubaan pihak Belanda untuk membakar masjid ini. Kali per-1 dibakar pd 10 April 1873 & ke-2 pd 6 jan 1874. Tanggal 9 Oktober 1879, masjid ini dibangunkan semula oleh Major General K. Van Der Heijden selaku Militer Hindia Belanda di Acheh. Perletakan batu pertama dilakukan oleh Teungku Kadhi Malikul Adil.

 

Emak dan ayah bergambar di hadapan masjid

Masjid Raya Baiturrahman ini terletak di tengah pusat Banda Aceh. Masjid ini dikunjungi pada hari pertama ketibaan semasa menjalankan misi Jejak Mihrab II. Semua bahagian di ruang dalam telah saya rakamkan fotonya, kecuali ruang mihrab dan mimbarnya sahaja. Kebetulan, sesi tazkirah sedang berlangsung di ruang hadapan dan ini memberi kekangan untuk saya merakamkan foto rekabentuk subjek kajian.

 

Menara berkubah ini terletak bertentangan dengan bangunan  hadapan Masjid Raya Baiturrahman.

 

Kolam ini berada di hadapan menara. Kedudukannya terletak di antara menara dengan bangunan hadapan masjid. Sekeliling kolam dipagar dengan jeriji besi.

 

Kubah berwarna hitam adalah adaptasi rekabentuk dari benua India. Kubah di tengah adalah kubah yang pertama didirikan sebelum ditambah dengan dua lagi pada bahagian kiri dan kanan (mengapit kubah besar) serta dua lagi pada bahagian belakang menjadikan keseluruhannya lima buah kubah.

 

Buton ditegakkan di atas puncak menara. Kepala gerbang di bahagian luar bangunan masjid dihiasi dengan ukiran timbul (relief). 

 

Parit yang dibina pada hujung kaki tangga berfungsi sebagai takungan air. Jemaah akan mencuci kaki sebelum melangkah naik ke anak tangga.

 

Corak geometri dengan warna emas, kuning, hijau dan biru menghiasi  permukaan siling di ruang dalam masjid.

 

Ukiran kerawang diperbuat daripada tembaga pada pintu masuk serambi menuju ke ruang dalam masjid.

 

Ruang solat jemaah lelaki di ruang hadapan. Rekabentuk gerbang pada bahagian atas dihiasi dengan ukiran timbul daripada motif flora.

 

Gelang tembaga dipasang pada setiap kaki tiang penyangga bertujuan menyokong gerbang yang banyak terdapat di dalamnya.

 

Ukiran timbul dengan motif flora menghiasi permukaan gerbang dan kepala tiang.

 

Keadaan ruang dalam masjid…Terdapat banyak gerbang selain tiang yang berfungsi sebagai penyangga.

 

Sudut pandangan yang saya fikir menarik untuk merakam foto akhir ruang dalaman masjid.

 

Subhanallah…cahaya apakah di puncak kubah? Ini bukanlah foto pertama yang memaparkan cahaya sedemikian rupa… Cahaya aneh ini terdapat pada kebanyakan foto rakaman masjid yang saya kunjungi.

 

Kalau tadi di puncak kubah…lihat pula cahaya yang berada di bahagian kanan menara. Ia bukannya bulan, kerana cahaya bulan berada di atas puncak menara. Apakah ianya cahaya seperti yang diperjelaskan melalui Firman Allah bermaksud:

Cahaya itu di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut namaNya, di sana bertasbih (menyucikan) namaNya pada waktu pagi dan petang.”

An-Nur 24: 36

Saya hanya menduga-duga, tetapi tiada yang mustahil dengan izinNya…Ini bukanlah sekali kejadian yang diperlihatkan di hadapan mata…Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya…

 

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: