Jejak Mihrab & Mimbar

02/03/2010

Fungsi dan Falsafah Rekabentuk Kubah

Filed under: Himpunan Esei Penulis — Harleny Abd Arif @ 4:22 pm

 

 

KUBAH punya banyak sejarah di sebaliknya. Kita harus kembali ke zaman 2000 sebelum masihi pada saat masyarakat China mula membuat sebuah kosmologi tentang bola langit. Setelah itu, masyarakat Yunani mulai berfikir bagaimana dunia ini terbentuk dan seperti apa bentuknya. Gambaran mereka  sama seperti masyarakat Cina yg menurut Plato dalam buku The Republic, iaitu sebuah bola yang besar dengan cincin berwarna seperti pelangi.  Masyarakat Romawi pula menggambarkan langit sebagai sebuah bola raksasa.

Perbezaan pandangan tersebut memperlihatkan bahawa bentuk kubah bukan menjadi hak cipta dalam senibina Islam kerana konsep rekabentuknya turut  digunapakai masyarakat atau tamadun lain di dunia. Kubah sebenarnya tidak sekadar memenuhi konsep dalam senibina Islam tetapi memenuhi keperluan  suasana ruang yang spiritual.

Justeru, dalam konsep senibina, kubah adalah elemen yg telah diidentifikasi sebagai sebahagian dari senibina Islam. Mengapa ianya menjadi elemen yang sangat penting dalam senibina Islam terutamanya Masjid? Kubah sebenarnya memiliki potensi untuk menjadi ruang yang secara akustik sangat luarbiasa kerana pada ruang yang mendatar, pantulan suara tidak akan menimbulkan gema.

Pada kubah, gema yang kedengaran akan menjadi seolah2 berlebihan. Ini akan menjadi luarbiasa sekali jika kita berada di ruang2 masjid atau gereja kerana kita seolah-olah mendengar suara bukan daripada seorang manusia tetapi dari sesuatu yang ghaib. Itulah sebabnya, banyak senibina pada abad pertengahan baik masjid atau gereja menggunakan rekabentuk kubah.

Tentu sahaja kubah adalah sebahagian dari usaha arkitek untuk memberikan pengalaman ruang yang jauh lebih istimewa. Pengalaman ruang adalah kata kunci bagi senibina kerana ruang amat penting dlm senibina sebagaimana warna itu penting bagi seorang pelukis. Secara kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa rekabentuk kubah sebenarnya memenuhi fungsi tersendiri dalam konsep senibina.

Namun, hanya falsafah yang membezakan antara senibina kubah di masjid dengan kubah di gereja. Ini sejajar dengan pandangan Seyyed Hossein Nasr (1993: 79-80) bahawa, “Alangkah bedanya antara candi Hindu Dasavatara dengan Masjid Delhi yang keduanya ada di India; atau candi-candi Romawi yang naturalistik dengan gereja-gereja Romaneska yang sama-sama ada di Italia.”

Tidak dinafikan wujudnya adaptasi bentuk tertentu dalam senibina masjid mahupun gereja. Namun, bentuknya telah ditransformasi secara  lebih sempurna yang membawa makna dan nilai berbeza bagi pendukungnya. Meskipun menggunakan media, bahan dan teknik yang sama dengan apa yang digunakan dalam pembuatan kuil dan gereja, peranan masjid tetap berbeza.

Ciri persamaan terhadap rekabentuk kubah yang wujud di antara sesebuah masjid dengan hiasan puncak kuil, candi atau gereja adalah hasil asimilasi budaya atau tamadun yang diadaptasi ke atas senibina Islam. Lihat contoh senibina Masjid Cheng Hoo di Surabaya yang hiasan puncaknya mirip rekabentuk sebuah pagoda. Hal demikian adalalah disebabkan oleh adaptasi pengaruh budaya senibina China yang teradun di dalamnya.

 

© masé

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: