Jejak Mihrab & Mimbar

21/03/2010

Misi Jejak Mimbar Kampung Laut

Filed under: Catatan Penulis — Harleny Abd Arif @ 5:12 pm

 

Tarikh :     17 Mac 2010
Lokasi :      Masjid Pasir Pekan
                    Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan
                    Masjid Muhammadi

 

Misi jejak mimbar Kampung Laut ini dijalankan sehari selepas misi jejak masjid tua Wadi Al-Husein di Teluk Manok, Patani. Sepanjang berada di Tumpat, team Jejak Mihrab menumpang tidur di rumah kakak angkat saya iaitu Kak Rose. Kebetulan rumahnya tidak jauh dari lokasi Masjid Pasir Pekan yang ingin saya tujui untuk merakam foto mimbar asal Masjid Kampung Laut. Dari arah Tumpat, kami perlu melalui Kampung Laut sebelum tiba di Masjid Pasir Pekan.

 

Masjid Pasir Pekan ini terletak di Kampung Surau, Wakaf Bharu.  Tempoh perjalanan ke masjid tersebut adalah sekitar 20 minit dari arah pekan Tumpat.

 

Sebaik tiba, didapati pintu utama masjid ini berkunci. Begitu juga dengan masjid lama yang berada di belakangnya. Saya hanya dapat melihat mimbar dari luar pintu kaca sambil berdoa dapat masuk ke dalamnya. Bimbang juga sekiranya tidak berpeluang merakam fotonya. Saat menunggu di serambi, beberapa motorsikal melalui lorong masjid, namun kesemuanya tidak sempat saya tahan untuk bertanya siapa gerangan yang memegang kunci masjid. Lebih kurang 15 minit kemudian, sebuah motorsikal muncul dan dengan pantas saya mengangkat tangan sebagai isyarat meminta pemandunya berhenti.  Memang rezeki saya kerana dialah orangnya yang dinanti-nantikan untuk membuka pintu kerana memegang kunci masjid. Semuanya dengan izin Allah, kerana andainya saya terlepas pandang sudah pasti dia berlalu pergi tanpa sempat membuka pintu untuk memberi laluan saya masuk merakam foto mimbar di dalamnya.

  

Masjid Pasir Pekan ini telah diperluaskan dengan membuat penambahan pada bahagian hadapan dan bersebelahan bangunan asalnya. Binaan baru telah didirikan bercantum dengan bahagian masjid lama. Kini kedudukan masjid kayu terletak di bahagian belakang bangunan baru. Kubah dipasang pada perabung di atas ruang mihrab.

 

Inilah rekabentuk mimbar asal Masjid Kampung Laut. Mimbar ini pernah ditempatkan di Masjid Muhammadi sebelum dipindahkan ke sini. Namun, kepingan kayu dengan ukiran tebuk tembus yang menutup bahagian bawah mimbar adalah kepingan baru. Mimbar asal telah diletakkan di atas permukaan mimbar baru dengan ketinggian 25cm dari permukaan lantai.

Saya telah menjalankan tinjauan ke Masjid Kampung Laut di Nilampuri setahun yang lalu. Namun, tidak pula saya ketahui foto mimbar yang telah dirakam di ruang dalam masjid tersebut bukanlah yang asli dibawa dari lokasi asal Masjid Kampung Laut. Lebih dua bulan yang lalu, baru saya ketahui bahawa mimbar aslinya berada di Masjid Pasir Pekan ini.

 

Lokasi tumpuan seterusnya menuju ke Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Tujuan saya ke sini untuk mendapatkan maklumat tentang Masjid Kampung Laut. Kehadiran saya tidak sia-sia kerana pencarian saya terkandung dalam buku bertajuk Masjid Tua Kampung Laut oleh Salleh Mohd. Akib yang saya peroleh di muzium. Buku tersebut bukan diperoleh secara percuma tetapi perlu membayar RM15 kerana ianya dijual oleh pihak muzium.

 

Muzium ini asalnya adalah bangunan istana lama yang dikenal dengan nama Istana Jahar. Bangunan ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan. 

 

Bahagian atas tulang perabung dihiasi ragam hias sisik naga. Pada bahagian hujung perabung pula terdapat seni ukiran seakan ekor itik yang menjadi pelengkap kepada sisik naga. 

 

Ukiran pada permukaan kayu pemeleh di hujung cucuran atap. Unsur flora dengan motif pucuk rebung dan bunga petola menjadi pilihan. Bila ditenung lama-lama motifnya, seakan-akan membentuk wajah harimau pula…

 

Perahu dengan rekabentuk seekor burung. Betapa indahnya seni ukiran timbul yang menghiasi permukaan badan perahu dari kepala hingga ke ekornya.

 

Seni ukiran timbul pada permukaan perahu ini mengundang perhatian terutamanya ukiran pada bahagian balung di atas kepala dan tembolok burung.

 

Ukiran bukan sahaja terdapat pada bahagian atas ekor perahu, malah bahagian bawah ekor perahu juga turut dihiasi motif-motif tertentu.

 

Lokasi akhir adalah Masjid Muhammadi yang terletak di pusat bandar. Kedudukan masjid ini terletak hampir dengan persimpangan dan kaki jalan. Selesai sesi rakam foto, saya melangkahkan kaki dan beredar dari sini.

Mohon undur diri…wassalam.

 

5 Komen »

  1. Tahniah..satu pengembaraan yang mencetuskan perkongsian idea tentang masjid-masjid tua.

    Komen oleh Ahmad Suhaimi Mohd.Noor — 26/03/2010 @ 4:31 am | Balas

  2. Dr. Suhaimi…
    Berkat tunjuk ajar dan bimbingan guru saya, Prof. Dr. Zakaria dan Dr. Suhaimi sendiri. Moga pengembaraan saya yang baru bermula ini akan berakhir dengan jayanya di penghujung nanti. Doakan saya…t kasih

    Komen oleh harlenyabdarif — 26/03/2010 @ 3:47 pm | Balas

  3. Rumah nenek saya yang merupakan orang paling tua di kampung surau pasir pekan tersebut hanyalah di belakang masjid tersebut sahaja. rumah kayu berwarna kuning. namanya Nik Maimah Nik Hussin. boleh temubual beliau utk dapat sedikit gambaran ttg sejarah masjid pasir pekan. seorang lagi adalah waris sy, namanya Hj Abdullah (atau lebih di kenali Hj Lah). Rumahnya hanya di sebelah kanan(kalau menghadap kiblat ke masjid).Banyak maklumat juga boleh di dapati ttg idea2 masjid2 dan senibina masjid tua. Antara orang2 lama yang masih hidup di kampung surau pasir pekan. Yang lain2 kebanyakn telah lama meninggal dunia.

    p/s : karya yang menarik. teruskan usaha saudara.

    Komen oleh hasifmuslim — 19/07/2010 @ 9:54 am | Balas

  4. ya betul .. minbar itu asal dari masjid kampung laut..
    dari anak pasir pekan

    Komen oleh kawe — 04/06/2012 @ 7:26 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: