Jejak Mihrab & Mimbar

22/03/2010

Daku, berus, warna dan kanvas…

Filed under: Catatan Penulis — Harleny Abd Arif @ 6:28 am

 

 

Ilham berkarya terhenti seketika, sebaliknya ilham menulis pula mengetuk pintu minda. Berus yang seharusnya daku palit dengan akrilik di permukaan kanvas terhenti sapuannya. Dua pemidang kanvas masih polos…entah bila akan daku terjemahkan ideanya secara visual. Kali ini cubaan untuk menghasilkan karya abstrak bertemakan sifat Kamal dan Jamal Maha Pencipta. Sebelumnya, daku cuba untuk bereksperimentasi dengan aliran dan teknik yang berbeza dari biasa. Kesudahannya karya di hadapan mata kelihatan kaku gayanya. Lalu, segera daku menutup kekakuan tersebut dengan lapisan warna rata untuk menyembunyikan kelemahan yang ada.

Seolah-olah mudah melihat pengkarya lain menghasilkan karya abstrak, tetapi tidak semudah itu bila daku cuba untuk mengaplikasinya di permukaan kanvas.  Jelas, tanggapanku tersasar dari landasan. Setiap pengkarya punya kelebihan tersendiri dalam menampilkan aliran, media mahupun teknik sebagai pilihan. Daku, masih lagi kaku…

Berus, warna dan kanvas…sabar seketika sementara ilham berkaryaku pulih seperti sediakala…

 

6 Komen »

  1. Askum akak, saya tak ingat hari tu….ada satu masjid lama juga di daerah tumpat, yaitu masjid selehor di kampong kok pasir tumpat….yang menariknya…depan masjid ada sebuah tempat suluk yang di bina di tengah tanah perkuburan…satu lagi masjid langar, tepi makan diraja kelantan, di langgar, bandar kota bharu..walaupun dah ada bangunan baru tapi masjid asal masih dijaga…

    Komen oleh Baba Syarif — 22/03/2010 @ 6:53 am | Balas

  2. T kasih atas informasi diberi. InsyaAllah ada rezeki ke sana lagi…

    Komen oleh harlenyabdarif — 22/03/2010 @ 8:34 am | Balas

  3. apa kata direnung kembali temanya itu mungkin boleh merangsang kembali ilham karya🙂

    Komen oleh sangilapi — 23/03/2010 @ 4:35 pm | Balas

    • Adakalanya pelbagai idea berlegar di kepala, tapi bila tiba nak terjemahkan idea secara visual di atas kanvas lain pula jadinya…hmm kita nantikan hasil karyanya…

      Komen oleh harlenyabdarif — 24/03/2010 @ 2:52 pm | Balas

  4. Asalamualaikum

    Semuanya bermula dengan satu titik. Titik adalah tanda dalam suatu ruang. Titik yang dipanjangkan menjadi garisan. Bila titik dihujung dan dipangkal garisan dicantumkan ia menjadi rupa. Dua atau lebih rupa bergabung menjadi bentuk. Berbagai bentuklah yang mencipta gubahan. Begitulah gaya seniman menyatakan rahsia rupa bentuk diri. Kau lakarkanlah seadanya tanpa mengada gada. Kau jangan terlintas berkarya untuk mengoda. Pokoknya, kehadirannya bila setelah kau merasa dirimu tiada.

    Pakcik acah aje tu nak, macam nak mengajar itek berenang. Bukan mengajar cuma mengingatkan pengetahuan yang pernah kita pelajari di suatu masa dulu.

    Salam ceria selalu, wasalam.

    Komen oleh jalanakhirat — 25/03/2010 @ 12:54 am | Balas

    • Waalaikumsalam.
      Saya setuju…pengetahuan dan kefahaman tentang unsur dan prinsip rekaan amat penting kerana ianya adalah kriteria yang perlu diberi pertimbangan dalam penghasilan karya seni visual. Malah, pengetahuan dan kefahaman tersebut menjadi panduan asas manusia dalam kehidupan sehari-hari. Misalnya, apakah kriteria ketika kita memilih pakaian? Apakah pemilihan sekadar selesa digayakan atau hanya indah pada pandangan? Beberapa aspek menjadi penyebab mengapa pakaian menjadi pilihan. Antaranya, ia selesa disarungkan ke badan atau sekadar bergaya mengikut trend semasa atau potongannya sesuai dengan bentuk tubuh atau warna fabriknya sesuai dengan kulit kita atau sebagainya. Walau apapun alasan diberi, keselesaan menjadi keutamaan manakala faktor yang lain adalah elemen unsur dan prinsip rekaan yang secara tidak langsung telah diaplikasi apabila beberapa kriteria diambil kira dari kacamata kita.

      Komen oleh harlenyabdarif — 28/03/2010 @ 7:14 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: