Jejak Mihrab & Mimbar

08/04/2010

Perasmian Pameran Lantera Seni 2010

Filed under: Galeri — Harleny Abd Arif @ 1:21 am

 

Tarikh : 07 April 2010
Lokasi : Galeri Shah Alam

 

Pada tanggal 07 April 2010 (Rabu) bertempat di Galeri Shah Alam, saya telah menghadiri majlis perasmian Pameran Lantera Seni 2010. Selain diberi mandat selaku Ahli Jawatankuasa Seranta, saya adalah salah seorang daripada peserta pameran.

 

Perasmiaan pembukaan disempurnakan oleh Dato’ Syed Ahmad Jamal (Tokoh Seni Tanah Air). Berus dan warna adalah alat yang disediakan untuk beliau melakarkan idea di atas permukaan kanvas.

 

Bersemangat sekali Dato’ Syed Ahmad Jamal di ruang pentas terbuka…dari posisi berdiri, beliau duduk mencari keselesaan semasa melakarkan idea.

 

Ustaz Nor Kasani Kamar memberi penerangan tentang tema karya. Ustaz ini adalah kenalan lama saya semasa berkursus KSPK di IPIK, Cheras (2207). Apa yang menarik, beliau dianugerahkan bakat melukis walaupun tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang seni.

 

Di ruang galeri ini tergantung 2 karya saya…bahagian tengah (Jejak Mihrab 1) dan paling kanan (Al-Haq). Sebuah lagi karya (Al-Qahhar) dipamerkan di sudut lain. Tidak sempat saya rakam fotonya kerana lampu kamera yang lap lip lap lip lap memberi isyarat bateri lemah sebelum terpadam. Seterusnya, kamera teman menjadi pengganti…jadi perlu bersabar sehingga dia mengirim e mel foto yang lain.

 

Ini karya bekas pensyarah saya…Pn. Shuhadah binti Yaacob. Sayuran di atas nyiru bukan objek sebenar tetapi tiruan…hanya untuk display tapi relate dengan karya catan yang tergantung di dinding.

 

Sambung nanti…

2 Komen »

  1. maaf bertanya,siapakah namanya yang sedang berkarya itu(lelaki berkaca mata)…boleh cerita sikit mengenai karyanya itu🙂

    Komen oleh sangilapi — 10/04/2010 @ 9:33 am | Balas

    • Maaf juga dari pihak saya…membuatkan tetamu bertanya2 tentang foto tanpa kapsyennya. Sebenarnya masih menunggu beberapa foto dari teman, jadi kapsyennya saya tangguhkan dulu…
      Lelaki berkaca mata adalah Dato’ Syed Ahmad Jamal. Beliau adalah tokoh seni tanah air yang menyempurnakan perasmian pembukaan Pameran Lantera Seni 2010 yang bertempat di Galeri Shah Alam pada tanggal 7 April lalu.

      Komen oleh harlenyabdarif — 10/04/2010 @ 1:45 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: