Jejak Mihrab & Mimbar

14/04/2010

Putih, Kelabu & Biru…

Filed under: Galeri — Harleny Abd Arif @ 1:17 pm

 

Jam 8.45 pagi tadi kotak peralatan berwarna biru berukuran 17.5 inci x 9.5 inci dibuka setelah hampir dua bulan tidak menggerodek apa yang ada di dalamnya. Kotak ini amat berguna kerana di dalamnya ada alat dan bahan keperluan untuk menghasilkan gubahan kraf dan hantaran… Tak segan daku bawa ke hulu ke hilir walaupun ada yang pernah berkata, “Besarnya kotak! Ada apa dalamnya?” Daku sekadar menjawab, “Macam-macam ada…sebut je nak apa” Bukan sekadar kotak sahaja, malah beg tangan daku juga ada pelbagai peralatan yang dibawa bersama. Pensel pelbagai gred, pen mata tirus dan bulat, pemadam, pembaris, buku catatan, pita pengukur, kamera, pembersih wajah, serbuk minuman 3 in 1, ubat dan segalanya turut berkumpul di dalamnya. Kenapa “macam-macam ada?” Sebabnya, ia menjadi keperluan daku yang sering menjejakkan kaki ke sana ke mari…berjalan di darat, meluncur di air, mendaki bukit dan berterbangan di udara. Kalau nak guna, seluk aja dalam beg. Jadi beg tangan pun tak perlu mahal harganya dan berjenama. Memadai sekadar sedap mata memandang, bukan bertujuan nak melaram! Yang penting tahan lasak…sebab beg tangan daku ni beratnya aja hampir 5 kilogram. Pernah satu masa, tukul paku pun turut dibawa bersama…

Sambung cerita bab gubahan…laman ini sambungan dari tajuk semalam “Ilham Untuk Kamu: Azmi & Ili”. Azmi ni sahabat karib adik lelakiku…Walaupun sibuk, tapi mengenangkan dia ni dah rapat benar dengan family kami, justeru curi-curi waktu menggubah untuknya. “Azmi, malam ni dah boleh ambil hantaran kat rumah akak. Jangan lupa bawa kamera canggih engko ye? Boleh rakam foto sebelum hantaran ni semua diserahkan kepada si jantung hati.”

Kepada tetamu sekalian, kalau nak lihat foto hantaran yang sudah sempurna gubahannya…sudi-sudilah menjengah tajuk “Gubahan Hantaran 7” di ruang Sanggar Penulis…

 

 

 

 

 

 

6 Komen »

  1. perghh….berat beg tangan mencapai 5 kilo ? memang sah macam-macam ada tu🙂 mungkin tukar kepada beg sandang lebih pratikal kot.

    Komen oleh sangilapi — 15/04/2010 @ 9:49 am | Balas

    • Selalunya bila buat fieldwork, beg tangan galas kat bahu kiri, leher bergantung kamera dan beban paling berat beg sandang belakang yang hampir cecah 15 kg. Tu belum masuk berat badan lagi…hahahaa…

      Komen oleh harlenyabdarif — 15/04/2010 @ 7:02 pm | Balas

  2. :: thanks akak… lawa sangat… sampai sampai je hantaran tu ahey hantar, terus teruja… tetibe rasa macam dah nak kawen minggu depan… terima kasih bebanyak akak…

    Komen oleh azmi zulkafli — 20/04/2010 @ 11:22 pm | Balas

    • Maaf la…kotak SKII yg asalnya warna merah akak trpaksa manipulate jd biru & kelabu unt ikut konsep dan tema warna. Ia hanya plastik biasa…tp disbbkan warnanya silver, jd akak kitar semula. Kalau dah teruja…cepat2 le ko nikah azmi. Jgn lupa sembelih unta kat kampung kita nanti…ngehngehngeh

      Komen oleh harlenyabdarif — 20/04/2010 @ 11:33 pm | Balas

  3. Salam kak. Nama saya ili hehehe. Cantik!! Suka!!

    Komen oleh ilisyazwani — 20/04/2010 @ 11:56 pm | Balas

    • Wsalam…Ili yang cute…akak kenal sangat2. Seperti biasa, akak lebih selesa dgn konsep yg simple. Kurang berminat dgn complicated design…nampak serabut! 1 Mei nanti Ili kena ikat tanpa tali dengan Azmi…mudah-mudahan jodoh kalian berpanjangan dan berbahagia hingga ke syurga…Amin

      Komen oleh harlenyabdarif — 21/04/2010 @ 12:05 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: