Jejak Mihrab & Mimbar

02/05/2010

Kapal PLTD Apung 1

Filed under: Jejak Mihrab Acheh: Siri 3 — Harleny Abd Arif @ 4:10 pm

 

Tarikh : 26 April 2010
Lokasi  : Desa Punge Blang Cut di Jaya Baru, Banda Aceh

Lawatan ke lokasi Kapal janakuasa elektrik PLTD Apung 1 adalah kunjungan ke-2 saya. Kunjungan per-1 adalah pada bulan Jun 2009 yang lalu. Tinjauan ke lokasi monumen ini bertujuan untuk membawa 2 orang adinda (Zulhilmi dan Salwa) yang turut serta dalam misi ke-3 Jejak Mihrab dan Mimbar. Kebetulan mereka berdua baru pertama kali berpijak ke Bumi Serambi Mekah. Justeru, program lawatan ini saya sisipkan sebagai acara tambahan. Walaupun kedua adinda saya bawa sebagai peneman selaku Panglima Kanan dan Panglima Kiri dalam misi kembara Jejak Mihrab dan Mimbar Masjid Tua, saya yakin mereka juga punya hajat untuk melawat ke lokasi bersejarah yang pernah saya kunjungi. Keinginan mereka walaupun tidak dilafazkan secara lisan, namun saya mengerti apa yang dihajatkan…

Lokasi ini adalah destinasi ke-2 lawatan setelah pulang dari Rumah Anak Yatim Dayah Nurul Huda di desa Ajee Cut di Balang Bintang, Aceh Besar.  Sedikit info tentang monumen ini…Kapal ini terdampar hampir 5 kilometer dari pelabuhan Ulee Lheue. Salah seorang penduduk yang ditemubual mengatakan bahawa gelombang tsunami setinggi 25 meter di pelabuhan telah menghanyutkan kapal besar ini ke desa Punge Blang Cut di kecamatan Jaya Baru, Banda Aceh.

Walaupun foto kapal ini telah dirakamkan dalam kunjungan terdahulu, namun saya lebih berpuas hati dengan hasil foto-foto terbaru yang dipaparkan pada kali ini. Rasanya tidak perlulah diletakkan kapsyen kerana paparan ini hanyalah gambaran visual untuk memperlihatkan kepada tetamu semua bagaimana objek sebesar dan seberat ini boleh terdampar jauh dari pelabuhan…Bayangkan pula sebesar mana gulungan ombak sehingga mampu menggerakkan kapal ini berlayar tanpa arah tujuan lalu berlabuh di daratan…Keajaiban yang tidak mustahil dengan Kebesaran Maha Agung.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: