Jejak Mihrab & Mimbar

13/05/2010

Catatan Perjalanan (Hari ke-5)

Filed under: Jejak Mihrab Acheh: Siri 3 — Harleny Abd Arif @ 11:41 pm

 

Tarikh : 30 April 2010
Dari Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda – LCCT K.L

 

Persiapan untuk pulang ke Kuala Lumpur…Beg sandang belakang ibarat peti harta karun yang menyimpan segala khazanah berharga. Netbook, pita rakaman, kaset, pita pengukur, set alat tulis, buku catatan dan pelbagai peralatan dan bahan lain turut tersimpan di dalamnya. Hilang beg pakaian boleh dicari gantinya, tapi andai hilang beg sandang…mahu meraung dibuatnya.

 

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, singgah sebentar ke masjid yang sedang dalam pembinaan tetapi telah berfungsi sebagai tempat bersolat. Tujuannya bagi mengambil air di kolah wudhuk untuk mencukupkan air 7 buah masjid.

 

Perkuburan Masal Siron ini terletak bertentangan dengan masjid di atas. Makam ini adalah kuburan terbesar di wilayah Aceh. Di dalamnya disemadikan hampir 50 ribu korban tsunami sehingga makam tersebut paling banyak diziarah waris yang masih hidup. Jumlah korban yang sangat banyak dan juga jenazah yang sulit dikenali atau tidak sempat ditemukan oleh keluarga, menyebabkan sebahagian besar korban dikuburkan secara beramai-ramai di dalam satu liang lahad di kawasan ini.

 

Perjalanan dari desa Siron di Aceh Besar diteruskan menghala ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.

 

Jarak perjalanan dari Hotel Sulthan ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda ini sebenarnya tidak jauh…tidak sampai 30 minit pada perkiraan saya.

 

Lambaian dari jendela kaca…pemandangan Bumi Serambi Mekah dari ruang udara yang semakin jauh ditinggalkan.

 

Langkah pulang Si Penjejak Mihrab dan Mimbar…Berbekalkan beg sandang belakang dalam misi kajian lapangan semasa bertolak ke Nanggroe Aceh Darussalam, kini pulang dengan bekalan tambahan iaitu segulung salasilah waris keturunan.

 

2 Komen »

  1. sedang menunggu entry tentang salasilah tersebut,itupun kalau tidak keberatan untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog ini🙂

    Komen oleh sangilapi — 20/05/2010 @ 6:19 am | Balas

  2. InsyaAllah…ada ruang masa dan kesempatan bakal dikongsikan. Sebenarnya buku (tesis) tentang salasilah keluarga telah siap tahun 2005…seiring tamatnya pengajian MA (yg penuh liku). Misi jejak salasilah yg diibarat “sambil menyelam minum air” bertujuan menyambung pertalian dengan jurai keturunan di tanah asal (Acheh). Saya masih menelusuri dalam usaha menyambung ikatan bahagian tali yang terputus di sini dengan tali yang dalam keadaan berselirat di sana…moga akhirnya dapat direntangkan tali dari pangkal hingga ke hujung setelah berjaya mengikatnya kelak. Doakan… =)

    Komen oleh harlenyabdarif — 20/05/2010 @ 12:57 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: