Jejak Mihrab & Mimbar

01/06/2010

Masjid Abidin Kuala Terengganu

Filed under: Masjid-Masjid Tua di Semenanjung — Harleny Abd Arif @ 1:09 pm

 

Tarikh : 17 Oktober 2009
Lokasi : Masjid Abidin, Kuala Terengganu

Masjid Abidin Kuala Terengganu terletak di Kampung Masjid. Masjid ini dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih. Ianya telah dibina oleh Al Marhum Sultan Zainal Abidin II di antara tahun 1793 hingga 1808. Bangunan asalnya diperbuat daripada kayu. Namun, pada zaman pemerintahan Al Marhum Sultan Umar (1852), bangunan kayu telah diganti dengan binaan batu. Masjid ini kemudiannya diubahsuai dan diperbesarkan dengan penambahan 3 batang tiang berbentuk bulat dengan 3 buah menara oleh Tengku Panglima Besar (Tengku Muda Kemaman). Pada tahun 1972, perubahan telah dibuat semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah di mana masjid ini diperbesarkan untuk menampung sejumlah 2500 orang jemaah. Selain itu, sebuah menara bersegi empat bertingkat didirikan dengan penambahan kubah kecil yang dibina di atas sutoh bangunan tersebut. Perubahan sekali lagi dibuat semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Al Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 Komen »

  1. saya terlihat ada satu lambang di mimbar masjid putih ktrgnu ni ‘berbentuk bulat’ nama rasulullah..ianya seakan2 logo masjid kampung dusun k.berang..dimana masjid tersebut ialah masjid pertama didirikan di negeri terengganu…kesimpulan…apa kaitan logo itu dengan masjid dan negeri terengganu.wallahualam

    Komen oleh jebat tak derhaka — 21/10/2012 @ 11:35 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: