Jejak Mihrab & Mimbar

07/06/2010

Orang Minyak Naik Minyak

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 4:14 pm

 

Imbas kembali peristiwa lama setelah seorang teman lama mula membuka cerita…

Dari sekolah rendah lagi aku dah biasa dengar nama Orang Minyak (OM). Di sebabkan hanya dengar nama tapi tak pernah terserempak, jadi taklah rasa takut menyelubungi diri aku. Tapi ada satu peristiwa buat aku benar-benar jadi takut dan cemas bila mengenangkan kisah OM ni. Kejadian berlaku pada 1989 (aku form 1). Masa tu family aku tinggal di tingkat 3 Kolej Cempaka 2, UiTM Shah Alam (ayah aku Resident Staff masa tu).

Nak dijadikan cerita, malam kejadian hanya aku dan kakak sulung yang tinggal di rumah sebab family aku yang lain semuanya pulang ke kampung. Kebetulan malam tu aku tidur lewat sebab layan lagu melalui corong radio. Agak-agak mata dah mula nak mengantuk, tiba-tiba terdengar bunyi pintu rumah diketuk bertalu-talu. Mau aku tak cemas, entah siapa yang ketuk kedegung gedegang tengah-tengah malam buta. Dalam ketakutan aku memberanikan diri menuju ke arah pintu. Aku tanya, “Siapa?” dan suara diluar pula menjawab, “Dik, bukak pintu…cepat keluar!.” Masa aku rapatkan telinga kat pintu, kedengaran suara riuh rendah kat luar. Aku pun cepat-cepat buka pintu dan keluar dengan kakak aku. Kat luar aku lihat ramai kakak-kakak kolej aku yang sedia menunggu. Ada yang sedang pegang batang penyapu, tak kurang juga ada yang muka bertempek dengan bedak sejuk. Masing-masing masih berpakaian tidur yang tak sempat ditukar dek kerana tergesa-gesa agaknya.

Tanpa banyak bertanya, aku dan kakak sulung mengikut saja kakak-kakak tu turun ke bawah. Dalam pada itu terdengar suara abang-abang kolej Perindu (Cempaka 2 berhadapan dgn Perindu) terpekik terlolong melaung-laung, “Kejar….kejar…Orang Minyakkk….” Suara pekikan tu makin lama makin dekat. Rupa-rupanya sekumpulan pelajar lelaki kolej perindu sedang berlari menuju ke arah kolej kami. Aku terdengar ada di antara mereka sebut, “tangkap…tangkap…” Tak pasti aku apa yang mereka sedang kejar dalam kepekatan malam, sebab tak pula aku nampak sebarang kelibat yang dikejar mereka. Keadaan riuh rendah tu berlaku hampir satu jam. Kumpulan kakak kolej aku mulai naik ke bilik masing-masing setelah suasana agak reda. Mereka semua bersepakat tidur beramai-ramai. Aku dan kakak sulung turut bermalam dalam bilik kakak-kakak tu. Bimbangkan keselamatan kami, lantas mereka mengajak kami bermalam di bilik mereka. Esok paginya, kecoh kakak-kakak tu bercerita kejadian malam sebelumnya. Aku pun memasang telinga sebab nak tau apa kisah sebenarnya dan kesudahan cerita episod kejar-mengejar malam tu.

Menurut cerita, kononnya beberapa orang pelajar lelaki kolej Perindu nampak kelibat yang mereka syak sebagai OM dekat kawasan kolej Cempaka 2. Jadi mereka yang berperanan sebagai HERO tadi bergegas turun dan berlari ke arah kolej kami dengan harapan nak tangkap lembaga tu. Ada yang mendakwa semasa adengan kejar mengejar, lembaga tadi bertukar menjadi kucing. Tak kurang juga, ada yang kata menjelma jadi musang. Episod kejar mengejar tu berakhir dengan penat lelah tanpa HERO2 tadi dapat menangkap lembaga OM yang dah hampir 2 minggu bermaharajalela (biasanya gangguan OM ni berlaku bila tiba time nak periksa).

Apa yang meralatkan, dek kerana peristiwa kejar mengejar tu, salah seorang daripada pelajar lelaki kolej Perindu patah riuk sebab terjatuh. Patah kaki kalau tak silap. Budak tu tergolek jatuh masa nak turun dari tangga kolej. Hajat untuk menyertai geng2 lain berakhir di bawah kaki tangga. Geng2 yang lain tetap meneruskan misi mereka mengejar lembaga didakwa OM tanpa menyedari seorang rakan mereka dah tergolek menanggung kesakitan. Semuanya gara-gara Orang Minyak Naik Minyak. Begitulah penangan kisah OM di kampus UiTM…

 

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: