Jejak Mihrab & Mimbar

29/06/2010

Lengan Tiga Suku…Lipat Hingga ke Siku

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 8:07 pm

 

Kisah lucu kali ini bukan tentang aku, tapi tentang yong (kakak sulung). Dah lama sebenarnya aku nak kongsikan kisah lucu ni setelah tangguh punya tangguh nak menulis. Kisah berlaku masa aku darjah 4 tahun 1986…kira masa tu yong dalam darjah 5 (kami berbeza setahun usia). Kami berdua bersekolah di SK Sura di Dungun, Terengganu semasa peristiwa ni berlaku.

Kalau ditanya perasaan yong pada masa tersebut…pasti dijawab yong, “malu…” tapi kalau soalan sama diajukan pada aku, pasti jawapannya, “lucu…” Hal demikian samalah dengan mana-mana individu yang mengalami peristiwa yang agak mengaibkan…yang terkena pasti malu manakala yang melihat pasti tersengih melihat gelagat yang disifatkan lucu. Cuma yang memahami keadaan akan bersimpati. Tapi memandangkan usia aku masa tu 10 tahun, jadi rasa lucu tu lebih menguasai diri.

Apa sebenarnya yang berlaku. Bila engkorang membaca sebaris tajuk di atas, aku yakin rata-rata akan dapat mengaitkan kisah lucu ini dengan fesyen pakaian berdasarkan kata kunci “lengan tiga suku” dan “lipat.” Hmm…begini kisahnya:

Aku dengan yong mula memakai baju kurung semasa kami bersekolah di Dungun. Pihak sekolah mewajibkan semua murid perempuan menutup aurat dengan berpakaian baju kurung dan bertudung ke sekolah. Sebelum berpindah ke Dungun, gaun paras lutut dengan kemeja lengan pendek menjadi pakaian rasmi kami ke sekolah. Dipendekkan cerita, lantaran undang-undang sekolah yang mewajibkan kami berpakaian baju kurung…bonda pun dengan bersusah payah menjahit baju tradisional tersebut untuk kami berdua. Masing-masing mendapat 2 pasang seorang. Namun kami berdua punya cara tersendiri dalam menggayakan baju kurung tersebut ke sekolah. Lengan yang dipotong dan dijahit hingga ke paras pergelangan tangan digayakan dengan cara melipat lengan tersebut hingga hampir ke siku. Bonda beberapa kali menegur, “Lengan elok-elok panjang sampai ke hujung, apasal nak lipat hingga ke siku?” Aku dan yong tak pernah menganggap teguran tersebut dibuat secara serius…biasalah bab tegur-menegur ni memang dah jadi lumrah. Jadi aku dan yong beranggapan ia hanyalah celoteh rutin bonda kepada kami berdua.

Tersebutlah kisah…pada suatu pagi ketika yong bersiap-siap ke sekolah. Aku mendengar rungutan yong…ala-ala jeritan kecil gitu (sebab yong aku ni lemah lembut orangnya…kalau aku dah terpekik gamaknya). Sambil muncung-muncung, yong mengomel…ditujukan buat bonda yang turut berlegar di situ ketika itu, “Apasal mak potong lengan baju?” Bonda dengan selamba membalas, “Bukan ke awak suka lipat lengan baju, jadi lebih baik mak potong paras siku…” Antara ingat dengan tak ingat…tak pasti sama ada yong menangis secara senyap, tapi yang pastinya aku tergelak tak dapat menahan lucu. Perasaan yong pasti malu kerana lengan baju kurungnya yang cacat jadi fesyen  tiga suku. Sebenarnya bonda tak le memotong betul-betul hingga paras siku…ada lebihan 2 inci dari paras siku. Walaupun lengan baju dah pendek, yong tetap juga melipat lengan tersebut…hanya 2 lipatan kecil. Kalau tak dilipat dah tentu yong lebih malu kerana pasti ketara bahagian lengan yang dipotong. Sekurang-kurangnya 2 lipatan tersebut dapat menyembunyikan kecacatan kekal yang berlaku pada bahagian lengan tersebut. Aku yakin tindakan nekad bonda tu dah di tahap gaban…tu pasal bonda tergamak bertindak sedemikian. Kesudahannya…fesyen kurung tradisional yang sempurna jadi fesyen kurung lengan tiga suku lipat hingga ke siku…tak ke lucu namanya tu

 

p/s: Bonda bukan setakat potong lengan baju, potong wayar televisyen pun pernah sehingga      kami adik-beradik berbulan-bulan tak dapat menonton tv. Bonda memang tegas…tapi ketegasan itulah yang membuatkan kami semua anak-anaknya terdidik…

2 Komen »

  1. Salam. Belum baca lagi dah lucu… dah habih lg laa.. Ia mengingatkan kembali semasa bertandang rumah penulis sewaktu menengah dulu untuk study.. ade gak kisah lucu yg dibuat waktu itu…

    Komen oleh Nur Kasih — 01/07/2010 @ 11:06 am | Balas

    • Hahaha…apa la kisah lucu tu? Kita lupa ler…meh citer sikit… =)

      p/s: Nur Kasih ni best friend masa form 1- form 4 kat SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (1989-1992)…
      Nama sebenar dia ni mcm nama Jepun… Nur Kasih nama glamer dia kat Laman Sesawang…hehehe

      Komen oleh harlenyabdarif — 01/07/2010 @ 11:30 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: