Jejak Mihrab & Mimbar

06/07/2010

Sastera Rakyat

Filed under: Himpunan Esei Penulis — Harleny Abd Arif @ 11:14 pm

 

Sastera rakyat adalah sastera milik suatu kumpulan masyarakat yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan (Abu Bakar Hamid, 1967: 20). Sastera rakyat merupakan satu bentuk tradisi lisan. Tradisi lisan membawa pengertian yang luas cakupannya meliputi bahan naratif dan bukan naratif. Sastera rakyat yang berbentuk cerita dikenali dengan cerita rakyat atau cerita lisan. Sastera rakyat yang berbentuk naratif ini terdiri daripada cerita-cerita lipur lara, cerita jenaka, cerita mitos, cerita lagenda, cerita teladan, cerita binatang dan sebagainya (Zalila Sharif dan Jamilah haji Ahmad, 1993: 78).

Penelitian yang dijalankan mendapati bahawa wujud suatu istilah lain dalam genre sastera rakyat yang digunakan oleh sarjana Barat. Istilah tersebut merujuk kepada istilah  personal narrative. Kajian terhadap personal narrative sering menjadi bahan kajian ilmiah para sarjana yang berminat dalam bidang ilmu folklore. Sandra K. D Stahl, seorang ahli antropologi Barat umpamanya, begitu cenderung terhadap bidang tersebut.

Berdasarkan penggolongan yang telah sedia ada, didapati tiada istilah khusus yang sesuai diaplikasikan untuk mengklasifikasikan jenis sastera rakyat berbentuk salasilah atau jurai keturunan. Di dalam membuat penelitian terhadap salasilah, cerita yang berkisar tentang pengalaman waris keturunan turut diteliti dan dikaji untuk mengetahui latar belakang dan kisah peribadi mereka. Terdapat beberapa perbezaan pandangan dari segi penggunaan istilah bagi mengklasifikasikan kumpulan kajian berkaitan pengalaman hidup.

Sandra Dolby Stahl telah memberi istilah khusus terhadap cerita yang berkisar tentang pengalaman peribadi seseorang. Istilah tersebut dikenali sebagai personal narrative (1989: 12). Beliau telah mengungkapkan personal narrative sebagai prosa lisan berhubung kait dengan pengalaman peribadi yang telah dilalui seseorang.

Antara jurnal yang pernah dihasilkan bertajuk Literary Folkloristics and the Personal Narrative dan The Personal Narrative As Folklore. Selain itu, minat yang mendalam terhadap ilmu folklore juga telah mendorong Joe Graham (1981), Keith Basso (1984) dan Paul Helas (1981) menjalankan penelitian terhadap kutipan pengalaman peribadi atau lebih dikenali sebagai personal narrative di dalam kajian mereka.

 

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: