Jejak Mihrab & Mimbar

08/07/2010

Kayu Buton: Identiti Senibina Terengganu

Filed under: Rumah Tradisional — Harleny Abd Arif @ 11:34 pm

 

Tarikh : 17 hingga 20 Jun 2010
Lokasi : Kemaman – Dungun – Kuala Terengganu

 

Paparan foto-foto berikut adalah rakaman melalui lensa kamera yang diambil dalam siri tinjauan ke Pantai Timur bulan lalu. Berdasarkan pemerhatian sepanjang perjalanan dari Kemaman hingga ke Kuala Terengganu, saya dapati bahawa kayu buton seakan menjadi satu identiti warisan dalam senibina di Negeri Terengganu. Rumah-rumah lama masih mengekalkan pemasangan kayu buton walaupun struktur binaannya telah diperluas dan dibaikpulih. Malah pemasangan kayu buton juga dikesan pada bangunan-bangunan kerajaan dan rumah-rumah moden. Apa yang lebih mengundang reaksi saya apabila ukiran kayu buton turut menghiasi senibina kompleks makam, pondok wakaf, pondok menara kawalan pantai, papan tanda, pondok perhentian bas, kenderaan pengangkutan awam (bas) dan sebagainya.

 

 Kayu buton Masjid Kampung Tuan, Kemaman

 

Kayu buton di tulang perabung Kompleks Makam Sultan Yahya Siak

 

 Kayu buton di tebar layar rumah di Tanjung Jara

 

Kayu buton Bangunan JKR Dungun

 

 Kayu buton di tebar layar dan tulang perabung rumah moden

 

 

 

 Tiga foto di atas memaparkan kayu buton
di bahagian tebar layar rumah Melayu lama

 

Kayu buton di pondok perhentian bas

 

 Kayu buton di papan tanda jalan

 

 Kayu buton di wakaf Masjid Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu

 

 Kayu buton di puncak tebar layar rumah tradisional Anjung Warisan

 

 Kayu buton di sisi kiri dan kanan pintu masuk ke Muzium Negeri Terengganu

 

 Kayu buton di rumah tradisional Kampung Losong

 

 Kayu buton di puncak tebar layar rumah moden

 

 


 Kayu buton pada pengangkutan awam
Foto atas: Bas dengan hiasan ukiran papan pemeleh
Foto bawah: Buton di puncak bumbung bas

 

 Kayu buton pada menara kawalan di Pantai Batu Buruk

About these ads

7 Komen »

  1. salam & selamat berpuasa… sy ni org terengganu dan nak memperbetulkan nama yang anda letakkan iaitu kayu buton. nama sebenarnya adalah ” Buah Kuntum ”yang dijadikan sebagai simbol kepada org2 di negeri Terengganu.
    selain daripada buah kuntum itu, bumbung juga menjadi perbezaan antara golongan miskin dan kaya, pembesar negeri dan kerabat di Raja pada zaman dulu. untuk maklumat yang lebih lanjut boleh berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu bagi melihat dan menghayati sendiri keunikan dan perbezaan serta keistimewaan pada senibina rumah tradisional orang terengganu. terima kasih.

    Komen oleh mohd nazir — 25/08/2010 @ 9:38 am | Balas

    • W’salam…
      Terima kasih di atas perkongsian info. Untuk makluman, istilah kayu buton sering digunapakai dalam buku senibina tempatan (lihat buku rujukan berkaitan rumah/ tradisi/ ragam hias di alam Melayu oleh Abdul Halim Nasir, Anuar Talib, Zulkifli Hanafi, Dzul Haimi Md. Zain dll). Selain istilah buton, turut diketengahkan istilah seperti butun dan guntung. Ejaan berbeza namun merujuk kepada objek yang sama. Kayu atau buah buton ini juga meluas penggunaannya dalam senibina masjid tua di Acheh. Ini tidaklah menghairankan kerana negeri Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak adalah 4 negeri di bawah jajahan takluk Acheh semasa zaman pemerintahan Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Justeru persamaan tersebut wujud hasil akulturasi budaya dari luar (Acheh) yang berasimilasi dengan budaya lokal (Terengganu khususnya). Istilah kayu/ buah buton ini juga mungkin berbeza mengikut lokasi (daerah @ negeri di Malaysia /wilayah Acheh). Tentang istilah buah kuntum yg saudara maksudkan, mungkin ia merujuk kepada jenis motif kelopak bunga yang diaplikasi dalam rekabentuk ukiran kayu buton. Selain terdapat di puncak perabung rumah, kayu buton juga terdapat pada binaan kompleks makam (cth: lihat foto makam Sultan Yahya Siak di Kg Che Lijah, Dungun yg menggunapakai motif kelopak bunga seroja), wakaf rehat, pondok perhentian bas dan sebagainya.

      Tentang potongan bumbung yang dikaitkan dengan taraf/kedudukan pula, memang tidak dinafikan. Situasi sama turut diterapkan dalam senibina masyarakat Bugis/Makassar di Sulawesi Selatan. Potongan bumbung bukan sekadar berfungsi sebagai tempat berlindung drpd hujan, terik mentari dan serangga/haiwan, malah turut terkandung makna dan falsafah di sebaliknya. Setiap daripada potongan bumbung mencerminkan taraf/kedudukan tuan rumah yang membezakan mereka sama ada berstatus golongan biasa, sederhana mahupun bangsawan/ kerabat di Raja.

      Komen oleh harlenyabdarif — 25/08/2010 @ 3:36 pm | Balas

  2. Salam, saya amat berminat dan mencari sejarah buah BUTON. Persoalannya kenapa ia sinonim dengan alam MELAYU.Dalam apa jua rekabentuk bangunan, makam, pintu Gerbang dll.Pasti ada buah BUTON …Kenapa?

    Komen oleh SRY — 30/09/2010 @ 10:38 am | Balas

  3. Salam, kami pakar di dalam kerja2 kayu merekabentuk dan membina gazebo(wakaf), pergola, rumah kayu, pagar bercirikan senibina warisan. Hubungi AKAR RUSTIKA 0173110307 @ http://www.facebook.com/akarminda. “New Ideas For Heritage”.

    Komen oleh hairi — 29/09/2011 @ 10:15 pm | Balas

    • Waalaikum salam Hairi
      Saudara dialu2kan berkongsi paparan iklan perusahaan di sanggar baru saya di pautan http://jejakmihrabmimbar.com (sanggar ini tidak lagi aktif sebaliknya telah berpindah ke sanggar baru)

      p/s: boleh juga iklankan di chat box sanggar baru (ruang IMPAL BALAS)…selamat bertandang!

      Komen oleh Harleny Abd Arif — 20/02/2012 @ 10:54 pm | Balas

  4. bagi saya istilah buton ini ada kaitan dengan kerajaan buton suatu masa dahulu…orang-orang buton memang terkenal sebagai tukang kayu dan tukang besi

    Komen oleh darmin — 28/03/2012 @ 9:25 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: