Jejak Mihrab & Mimbar

27/07/2010

Biskut Tat Bertukar Jadi Capati

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 12:22 am

 

Dua hari lepas singgah di rumah yong (kakak sulung). Kami berborak mengimbas kisah lama… zaman sekolah rendah. Aku pun apa lagi…pucuk dicita ulam mendatang, ambil peluang buka kisah lucu buat lawak jenaka pertemuan kami berdua. Mukadimah sebelum memulakan cerita, “Yong nampaknya lepas ni akan dimasukkan lagi kisah lucu awak dalam blog leny.” Yong hanya tersengih…mungkin tak terkata apa dengan ayat penyata yang spontan keluar dari mulut adik ke-2nya ini.

Intro cerita, “Ingat tak lagi kes tepung yang awak uli lepas tu awak bungkus dalam surat khabar dan campak kat belakang rumah?” Kami berdua serentak ketawa bila aku mula mengingatkan yong kisah tersebut. Tergelak sakan kami berdua sepanjang perbualan mengenang kisah lama. Episod Biskut Tat Bertukar Jadi Capati…

Yong memang minat buat kuih…berbeza dengan aku yang lebih cenderung masak lauk pauk untuk juadah harian. Jadi bila minat tersebut mengalir dalam diri, maka pada suatu hari dalam tahun 1987 (masa tu umur aku 11 tahun dan yong pula 12 tahun) yong dengan bersemangatnya berhajat membuat kuih tat. Lalu, sekilo tepung pun diadun dengan bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan tat. Adunan tersebut kemudiannya diuli menjadi doh sebelum proses membentuk kuih tat menggunakan acuan khas. Aku hanya menjadi pemerhati…sebab beranggapan, biarlah tangan yong sendiri yang menguli sekilo tepung sehingga menjadi doh. Nak buat kuih ni pada pandangan aku macam nak bancuh simen jugak le kaedahnya…kalo terlebih air kang lembik manakala kalo terkurang air pulak kang mengeras jadinya. Tak pasti aku sama ada nak buat kuih tat ni kena campur air atau semata-mata uli serbuk tepung tu dengan mentega atau butter yang dicairkan. Sebab aku sendiri tak pernah buat tat…hanya beli kuih tat cap tunjuk setiap kali Hari Raya.

Berbalik kepada kisah yong tadi…entah apa silapnya, tepung yang diuli tadi hasilnya tak memuaskan hati. Andaian aku sama ada doh tu terlembik, terkeras, berderai atau entah apa-apa gamaknya yang mana hasilnya mengundang rasa tak puas hati yong. Hanya dia yang lebih tahu pada masa itu apa sebabnya. Bila doh tidak menjadi seperti yang diharapkan, maka yong pun buatlah keputusan sendiri…apa dibuatnya? Hahaha…biar aku gelak dulu…

Doh yang diuli sehingga lenguh-lenguh lengan tangan telah dibungkus dengan plastik…plastik tersebut kemudiannya dibungkus pula dengan beberapa lapisan kertas surat khabar. Tebal jugak le lapisan kertas surat khabar tu dijadikan pembalut doh yang diuli yong. Langkah pun diatur ke belakang rumah, lalu bungkusan doh tadi diletakkan betul-betul di atas timbunan sampah rumah kami. Timbunan sampah tu bukanlah sisa-sisa makanan yang basah sebaliknya sampah kering berupa daun-daun kering yang dilonggokkan bonda kami di sekeliling rumah.

Untuk menutup rahsia sekilo tepung yang tak jadi tadi, maka yong pun mengayuh basikal membeli sekilo tepung lain sebagai gantinya. Setelah melalui proses kedua menguli sekilo tepung, akhirnya proses  pembakaran biskut tat seperti yang dihajatkan sempurna sudah. Kalau itu cerita yong di dalam rumah, apa pula cerita di luar rumah? Saat yong sedang asyik dan leka menunggu biskut tat dibakar sambil membentuk tat menggunakan acuan, bonda pula sedang berada di belakang rumah. Rutin harian bonda melakukan pembakaran sampah setiap petang…gamaknya bila lihat bungkusan yang semacam aje gumpalannya, maka bonda pun membuka satu persatu lapisan pembalut sehinggalah menjumpai doh di dalamnya. Apa lagi…

“Inaaaaaaaaaaa……. ###@@&^!!!! ?” (anggap sahaja simbol ini sebagai leteran yang bergaung bunyinya di dasar gegendang telinga). Ahh! sudah…mesti bonda terjumpa bungkusan kat belakang rumah. Rahsia sekilo tepung dah tebongkar nampaknya. Jenuh yong menjawab dan cuba menangkis leteran bonda yang bengang akan tindakan melulu anakandanya. Leteran atas dasar pantang membazir sebenarnya.

Lalu doh tadi masuk semula ke dapur setelah beberapa jam terbakar secara semulajdi dek panas terik matahari. Nasib sekilo tepung dalam bentuk doh tersebut berakhir di atas kuali apabila resepi capati menjadi juadah kami satu famili di petang hari setelah doh yang tak jadi tadi dimodifikasi…

Moral cerita…lain kali kalau uli tepung tapi tak jadi, jgn cepat nak buang ke tepi! Masih ada cara untuk diselamatkan daripada dihumban sehingga menyebabkan pembaziran…

Renung-renungkan… =)

4 Komen »

  1. Macam-macam boleh berlaku. Kita mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan kejayaannya

    Komen oleh Shuhaili Salleh — 27/07/2010 @ 4:09 am | Balas

  2. hohoho..yong mmg dari kecik ke suka buat kuihhh..12 tahun da buat kuihh?? kuih tat plk tuu..
    terbaekkk lahhh!

    Komen oleh kavkaz — 27/07/2010 @ 4:42 am | Balas

    • Tau takpe…kakanda2 mu ini dari kecik dah dilatih buat itu dan ini, harap2 adinda2 kami pun ikut contoh terbaekkk ringan tulang mcm kami….tangan2 inilah yg bekerja di dapur buat makanan untuk adinda2 yg seramai 7 org di bawah kami.

      Tp tak setanding tgn bonda… Lagi power…sediakan masakan unt 9 (anakanda) + 1 (ayahanda) = 10 orang kesemuanya
      BONDA TERBAAEEEKKKKK! =)

      Komen oleh harlenyabdarif — 27/07/2010 @ 2:10 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: