Jejak Mihrab & Mimbar

28/07/2010

Rumah Tradisional Perak di Bukit Chandan

Filed under: Rumah Tradisional — Akal Sari @ 7:19 pm

  

Tarikh : 17 Julai 2010
Lokasi : Bukit Chandan, Kuala Kangsar

  

Rumah tradisional Melayu ini telah saya kunjungi sewaktu pulang dari berziarah ke Makam Daeng Salili. Rumah kayu setinggi dua tingkat ini mempunyai keunikan yang tersendiri sehingga mengundang perhatian saya untuk singgah melihat lebih dekat rekabentuk senibinanya. Ia dibina pada tahun 1911 dan kini telah berusia 99 tahun.

Kunjungan saya ke sini disambut oleh tuan punya rumah. Beliau adalah cicit kepada pemilik asal rumah yang diberi nama Baitul Rahmah ini. Menurut penghuni rumah, moyangnya adalah  anakanda kepada Sultan Idris I.

  

 Rekabentuk rumah tradisional Perak dari pandangan hadapan

 

Ukiran papan pator dengan teknik tebuk tembus
di bahagian cucuran atap seakan corak renda
 

 

Ukiran lebah bergantung di bucu atap sebagai kemasan
dan pelengkap kepada ukiran kayu buton 

 

Rekabentuk bumbung mempunyai persamaan dengan
hiasan puncak masjid tua di Acheh 

 

Bahagian sisi kiri binaan 

 

Papan pator (tumpu kasau) di hujung cucuran atap
 

Kerawang pada bahagian kepala tiang

 

Rumah tradisional Perak ini terletak tidak jauh dari Istana Iskandariah
(Foto di atas dirakam dari arah hadapan rumah ini)
 

 

8 Komen »

  1. cantik… dekat dgn masjid ke?

    Komen oleh ontahsapo — 29/07/2010 @ 1:13 pm | Balas

    • Yup…tak jauh dari kedudukan masjid Ubudiah. Tak silap lokasinya lebih dekat dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan.

      Komen oleh harlenyabdarif — 29/07/2010 @ 1:46 pm | Balas

  2. Kak leny, kat KK ada istana yg wat tanpa paku tu apa namanya..dulu masa ayah bawa tapi tak turun kereta rasanya tengok dari jauh aja

    Komen oleh nadiah — 22/08/2010 @ 8:01 am | Balas

    • Salaam Nadiah,
      Lama tak dengar khabar adik sepupu…moga sihat sejahtera. Ok, ttg istana yg dimaksudkan Nadiah tu…namanya Istana Kenangan. Ia juga turut dikenal sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas (dinding daripada kelarai/ teknik anyaman). Kini, istana lama telah beralih fungsi menjadi Muzium Di Raja Perak yang mempamerkan sejarah kesultanan dan khazanah berupa alat-alat kebesaran negeri Perak.

      p/s: Nadiah, bila nk balik M’sia? Tlg tengok2kan adinda bongsu kami si Akmal kat Mesir sbb “dia budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan” = )

      Komen oleh harlenyabdarif — 22/08/2010 @ 11:14 pm | Balas

  3. tahukah awak bahawa terdapat sebuah lagi rumah yg 100% bentuk sama dgn rumah ini..ia nya terletak tidak jauh dari kawasan ini juga..

    Komen oleh fadli86 — 27/01/2011 @ 1:13 pm | Balas

  4. baru jer melawat rumah ni tadi .. rekabentuk rumah ni sangat menarik .. thank for the info utk rumah ni .. moga kerajaan perak dapat menjaga rumah2 tinggalan sejarah ni utk anak muda akan datang …

    Komen oleh faizell — 29/05/2013 @ 10:38 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada harlenyabdarif Batal balasan

Create a free website or blog at WordPress.com.