Jejak Mihrab & Mimbar

29/07/2010

Jahit Siku Terbalik

Filed under: Diari Lucu: Dulu-Dulu — Harleny Abd Arif @ 2:28 am

 

Teringat kisah lalu…berlaku tragedi lucu. Masa tu aku part 5 tahun 1996. Lokasi kejadian di bengkel fesyen ITM (kini UiTM) Shah Alam.

Serba ringkas tentang bidang pengajian
Sebaik lepas SPM, aku memohon masuk ke ITM Shah Alam di Fakulti Senilukis dan Senireka. Semua pelajar perlu mengikuti pra diploma selama setahun (part 1 dan part 2) sebelum diserapkan ke jabatan pilihan masing-masing secara temuduga. Ini bermakna sebaik naik je part 3, setiap pelajar akan mengikuti bidang pengajian mengikut pilihan (itupun setelah lulus temuduga…kalau tak lulus, maka akan diserap ke mana-mana jabatan yang masih ada kekosongan). Aku pula secara rasminya bergelar pelajar jurusan fesyen di bawah fakulti tersebut.

Sebaik melangkah part 3
Projek untuk semester tu adalah menghasilkan rekaan pakaian dengan memilih salah satu bentuk geometri. Masa tu aku pilih bentuk segi tiga…hmmm semasa menaip baris ayat ni baru aku perasan akan kecenderungan aku terhadap bentuk-bentuk yang menghunjam ke atas (bentuk tajam). Setelah memilih bentuk segitiga, maka aku pun menghasilkan puluhan lakaran sebelum dipilih oleh pensyarah pembimbing. Akhirnya, rekaan pakaian aku pun siap seterusnya perlu diperagakan oleh si pereka (aku ler) di atas pentas dalam auditorium fakulti. Aku dan semua kengkawan satu batch kena gayakan masing-masing punya rekaan. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki semua aksesori kena reka sendiri. Malu bukan kepalang saat berjalan di atas pentas…catwalk dah macam ketam. Tapi apa nak buat, zaman tu tak dapat nak mengelak…nak tak nak kena gayakan jugak walaupun kelihatan seperti badut sarkas. Maklum la, yang diperagakan bukan baju pengantin atau jenis pakaian yang sedap mata memandang sebaliknya rekaan ala-ala macam orang buat baju dengan kertas surat khabar. Main cantum-cantum guna satu jenis bentuk je. Kalau baju segitiga, seluar pun segitiga, aksesori kepala pun bentuk segitiga juga. Bezanya, kertas surat khabar tu tak perlu dijahit berbanding kain berwarna tanpa corak (polos) yang aku dan member-member perlu jahit. Rekaan ini seolah-olah ingin menguji tahap kreativiti selain menilai akan kekemasan jahitan kami pelajar part 3 yang baru mendaftar di jabatan fesyen.

kemudiannya part 4
Projek hasilkan rekaan pakaian dengan memilih sejenis serangga sebagai subjek kajian. Jenuh aku memikir nak pilih serangga apa. Sehinggalah pada suatu hari aku pulang ke kampung dan ternampak akan serangga riang-riang berterbangan di lampu kalimantang sebelum spesis tersebut menjunam bak terjun tiruk gayanya ke permukaan lantai. Di sebabkan ia mendarat secara cemas, maka berlakulah kecederaan dalaman (barangkali) sehingga riang-riang bernasib malang tersebut tiada daya untuk terbang lagi. Maka, ilham secara spontan pun tiba…lalu aku membelek2 abdomen (betul ke istilah ni?)  riang-riang tersebut sambil mempertimbangkan hasrat untuk memilih ia sebagai subjek kajian. Hati aku terpaut pada bentuk riang-riang yang memiliki dua lapisan sayap. Bentuk serangga tersebut yang muncul dalam bayangan sepintas lalu sebelum struktur ayat ini ditaip menyedarkan aku buat kali ke-2…nampaknya ini adalah kali ke-2 aku memilih bentuk segitiga. Tanpa sengaja, aku telah jatuh hati akan bentuk riang-riang yang kelihatan seperti bentuk segitiga apabila sepasang sayapnya dikembangkan sedikit. Sejumlah 100 lakaran perlu dihasilkan sebelum pilihan akhir rekaan diterjemahkan dalam bentuk potongan pakaian.

diikuti  part 5
Dalam banyak-banyak semester…semester 5 ini paling menguji tahap kesabaran aku. Rekaan jaket perlu disempurnakan jahitannya. Proses untuk menghasilkan sehelai pakaian formal ini sahaja dilakukan dalam tempoh satu semester (6 bulan…tetapi tolak cuti lebih kurang 3 bulan untuk menyiapkan sehelai rekaan). Kalau ikutkan, sebenarnya proses menjahit tak la lama… tetapi memandangkan kelas subjek Pattern Construction (bagi penghasilan pola) dan Garment Making (bagi proses menjahit) ini hanya berlangsung 2 kali seminggu kalau tak silap, maka ia menuntut tempoh yang lama untuk disempurnakan. Menjahit jaket ini tidak semudah menjahit jenis pakaian seperti baju kurung, kebaya dan lain-lain. Ia agak sukar kerana pakaian jenis sebegini mempunyai lapisan dalam (lining) yang perlu dicantum dengan bahagian jaket. Ukuran perlu tepat untuk memastikan kekemasan jahitan. Justeru, ketelitian dalam penghasilan amat ditekankan. Dalam banyak-banyak bahagian jaket, proses mencantum bahu lengan bahagian dalam (lining) dengan bahu lengan luar jaket amat sulit penghasilannya. Cara mencantum adalah dengan menjahit sembat tangan.

Yang aku peliknya…apasal la sehari suntuk bahagian bahu jaket aku tak siap-siap. Ada je yang aku tak puas hati…asyik tetas jahitan berkali-kali. Mana taknya, bila aku cantumkan kain lining bahu lengan dengan kain jaket nampak janggal. Bila disarungkan ke dummy  macam pelik. Kelihatan cacat macam tak rupa lengan baju. Jenuh aku pikir apa silapnya…tapi tak perasan jugak. Mulut aku tak henti-henti merungut…bengang akan bahagian bahu lengan yang tak siap-siap sehari suntuk.  Sehinggalah salah seorang member sekelas aku bernama Amin (sekarang dah jadi pereka fesyen terkenal dengan nama glamernya Amyn Jauhary…pereka batik Malaysia) membelek jaket aku lalu menegur, “lengan baju ko terbalik la!”  Bagi si penegur memang la lucu, tapi bagi si tukang jahit lengan baju terbalik…rasa nak memekik. Si Amin tergelak terbahak-bahak…aku pun gelak jugak. Namun gelak aku bersulamkan air mata…ibarat tawa dalam tangis dan sesekali tangis dalam tawa. Si Amin tak henti-henti ketawa. Kelucuan tersebut terbawa-bawa sehinggalah sekarang…kalau berjumpa pasti kisah lengan bahu jaket aku diungkit semula tapi dalam versi sedikit berbeza bilamana ceita tersebut diubah tajuknya menjadi “jahit siku terbalik”

seterusnya part 6 sehinggalah part 8
Lain kali la pulak aku cerita…

 

2 Komen »

  1. HAHAHAHAHAHA !!!!

    memori ek? aritu pg bengkel… dah xde rupe bengkel… very sterile~~~

    huhu

    Komen oleh 5thE Taib — 04/09/2010 @ 9:38 pm | Balas

    • 5the,
      Terbit rasa rindu apabila terkenang zaman belajar dulu…
      Terakam pelbagai cerita…episod suka dan duka di dalam bengkel fesyen kita. =)

      Komen oleh harlenyabdarif — 05/09/2010 @ 4:34 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: