Jejak Mihrab & Mimbar

06/09/2010

Masjid Tua Katangka

Filed under: Masjid-Masjid Tua di Indonesia — Harleny Abd Arif @ 3:38 am

 

Tarikh: 07 Ogos 2010
Lokasi: Masjid Tua Katangka, Gowa

 

Masjid Katangka adalah masjid tertua di bahagian Sulawesi Selatan. Masjid ini didirikan setahun lebih awal daripada Masjid Tua Palopo di Kerajaan Luwu. Lokasi masjid ini terletak berdekatan dengan kompleks makam Sheikh Yusuf. Pengunjung boleh berjalan kaki dari kompleks makam menuju ke arah masjid tua ini.

 

Informasi yang kelihatan di papan peraga sebelum melangkah masuk ke bahagian dalam perkarangan masjid tua Katangka. 

 

Bahagian hadapan dan sisi kiri masjid ini dipenuhi dengan makam-makam keluarga keturunan Raja Gowa.

 

Info tertera Mesjid Tertua di Sul-Sel (Sulawesi Selatan) ini terdapat pada permukaan dinding di sisi kanan sebelum melangkah melalui pintu masuk ke ruang dalam.

 

Keterangan lain yang turut terpapar pada permukaan dinding di hadapan pintu masuk utama.

 

Beduk lama yang seusia dengan masjid tua dipamerkan sebagai objek cagar budaya di bahagian hadapan serambi masjid.

 

Ruang dalam masjid yang sebahagiannya telah direnovasi. Bahagian permukaan dinding dan tiang telah dicat dengan warna putih.

 

Rekabentuk mihrab dan mimbar masjid tua Katangka dari arah hadapan. Bahan asal pembuatan mimbar adalah daripada kayu. Namun rekabentuk terdahulu telah dibaikpulih dengan penggunaan simen untuk mengukuhkan  struktur mimbar asal.

 

2 Komen »

  1. outline ukiran berbentuk gunungan (gambar terakhir) seolah2 menyerupai versi mimbar masjid kg laut pula..

    Komen oleh adiatsauri — 16/09/2010 @ 10:20 pm | Balas

  2. Yup…gunungan mimbar masjid tua Katangka ini ada persamaan dengan mimbar asal masjid Kg Laut di Kg Pasir Pekan mahupun mimbar kemudian yang berada di Nilampuri.

    Oleh kerana saudara lebih arif dalam bidang senibina, justeru saya amat berbesar hati sekiranya saudara dapat berkongsi info tentang beberapa persoalan berikut:

    1. Apakah istilah sebenar rekabentuk seperti sayap pada bahagian kanan dan kiri gunungan? Adakah ia dikenali sebagai sulur bayung?

    2. Pengaruh budaya mana yang teradun dalam senibina masjid Kg Laut termasuklah mimbar asalnya yg terdapat di masjid Pasir Pekan?

    Terima kasih

    Komen oleh harlenyabdarif — 16/09/2010 @ 11:47 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: