Jejak Mihrab & Mimbar

11/10/2010

Masjid Kampung Seronok

Filed under: Masjid-Masjid Tua di Semenanjung — Akal Sari @ 10:27 pm

 

Tarikh: 04 September 2010
Lokasi: Kampung Seronok, Pulau Pinang

 

Senibina masjid Kampung Seronok ini mengundang perhatian saya semasa melalui jalan di hadapan masjid.

 

Senibina masjid Kampung Seronok dengan kombinasi warna biru (bumbung) dan putih (bangunan) dari arah pandangan hadapan.

 

Bahagian kepala pintu dengan rekebentuk seperti kipas. Motif kipas seperti ini turut didapati pada Musalla Kampung Bukit, Jalan Teluk Kumbar di Bayan Lepas yang dikunjungi sebelumnya, selain terdapat pada rekabentuk mimbar di beberapa buah masjid tua di Sungai Dua, Pulau Pinang .

 

Sisik naga di tulang perabung masjid menampilkan kelainan dengan buton sebagai pelengkap kepada hiasan bumbung.

 

Rekabentuk daripada unsur tumbuhan ini mengingatkan saya akan ragam hias mimbar masjid Teluk Memali dan mimbar Masjid Ahmadiah di Perak yang bercirikan pengaruh Bugis.

 

Hajat di hati hendak melihat lebih dekat rekabentuk mihrab, namun jemaah baru selesai menunaikan solat Asar dan masih berkumpul di bahagian dalam.

 

Masjid Kampung Seronok pernah memperolehi sijil penghargaan Anugerah Pengurusan Terbaik.

 

4 Komen »

  1. Bila nak masukkan kapsyen..tak sabar nak baca nih…

    Komen oleh Syeikh Badlishah Al Buana — 12/10/2010 @ 12:36 am | Balas

    • Area Sg Buloh kerap alami network prob. Sgt slow…saya pulak guna broadband jer…tu yang kapsyen selalu menyusul kemudian.

      Komen oleh harlenyabdarif — 12/10/2010 @ 2:46 am | Balas

  2. sya mempunyai gambar asal masjid ini

    Komen oleh zu — 27/04/2011 @ 1:58 pm | Balas

  3. […] 23.    Jejak Mihrab & Mimbar […]

    Ping balik oleh 16 Nama Tempat Paling Pelik Di Malaysia – Ape Kesah — 10/11/2017 @ 9:43 am | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada zu Batal balasan

Create a free website or blog at WordPress.com.