Jejak Mihrab & Mimbar

13/10/2010

Musalla Kampung Bukit

Filed under: Masjid-Masjid Tua di Semenanjung — Harleny Abd Arif @ 8:56 pm

 

Tarikh: 04 September 2010
Lokasi: Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas

  

Siri jejak mihrab dan mimbar diteruskan menghala ke Utara Tanah Air. Kali ini tinjauan dijalankan di Musalla Kampung Bukit yang terletak di persimpangan Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas.

  

Jam menunjukkan pukul 3.10 petang ketika saya melalui jambatan Pulau Pinang. Ambil peluang rakam foto pemandangan lautan, gunung dan awan yang melatari pandangan.

 

Laluan agak lancar semasa kenderaan melalui sepanjang jambatan Pulau Pinang. Namun, cuaca mula mendung seolah-olah memberi tanda bahawa hujan akan turun.

 

Tiang yang tinggi menjulang berdiri teguh bagaikan pasak jambatan.

 

Foto ini pula dirakam semasa berada di hujung jambatan Pulau Pinang.

  

Perjalanan diteruskan ke lokasi Musalla Kampung Bukit. Suatu masa dahulu, ianya pasti sebuah masjid. Cuma kini, masjid lama telah beralihfungsi menjadi surau.

  

Apa yang mengundang perhatian saya ialah ciri-ciri rekabentuk ukiran papan kepala cicak, papan cantik (tumpu kasau) dan buton yang terdapat pada bahagian bumbung.

 

Perhatikan mihrab pada tingkat atas musalla. Berdasarkan pemerhatian ke atas rekabentuk dan bahan pembuatan binaan mihrab, saya yakin bahawa ianya adalah ruang mihrab asal yang dikekalkan sehingga ke hari ini. Pada bahagian bawah juga terdapat binaan ruang mihrab yang baru dari kemasan jubin.

 

Pintu utama menuju ke ruang dalam tempat bersolat. Bahagian kepala pintu mempunyai rekabentuk yang telah dipermudahkan olahannya daripada motif kipas.

 

Tangga ini pula terdapat di sebelah kanan pintu masuk. Tangga ini perlu dilalui dari luar untuk menuju ke bahagian atas musalla.

Advertisements

6 Komen »

  1. senibina yang menarik,
    macam ada unsur rekabentuk cina (dari pandangan aku la)

    Komen oleh dnoBiz — 15/10/2010 @ 12:50 am | Balas

    • Kalau lihat kepada ciri2 ukiran pada bumbung, ada unsur pengaruh budaya Acheh. Mungkin pengaruh budaya Cina tu wujud pada pemilihan motif kipas pada kepala pintu menuju ke ruang solat yang telah dipermudahkan olahan ideanya.

      Komen oleh harlenyabdarif — 15/10/2010 @ 1:56 pm | Balas

  2. It’s the very thing i want to catch. Thanks!
    This is the wonderful thing i spend long time to find it.

    Komen oleh thomas sabo sale — 17/10/2010 @ 10:40 pm | Balas

  3. salam.nak tnya.kat surau nih masih ada ke beduk raya yg lama? terima kasih

    Komen oleh wana — 04/07/2011 @ 12:58 am | Balas

    • Wassalam Wana,
      Maaf lewat memberi respon terhadap soalan yang dikemukakan. Hal demikian kerana saya telah berpindah ke laman sanggar baru di http://jejakmihrabmimbar.com ….amat jarang sekali singgah ke laman ini (hanya sesekali). Tentang beduk tersebut, jika saya lihat semula satu persatu foto rakaman, tidak ada. Namun, mungkin saya terlepas pandang untuk merakamnya.

      Sudi2lah bertandang ke laman baru seperti pautan yang diberi…wassalam

      Komen oleh Harleny Abd Arif — 09/07/2011 @ 11:04 pm | Balas

  4. assalamu alaikum, saya Doni swadarma penulis dari Jakarta, Indonesia. Mohon izin untuk ambil 2 buah foto dari website ini untuk naskah buku yang sedang saya susun saat ini. Terima kasih. Semoga Allah membalas kebaikan Anda.

    Komen oleh DONI SWADARMA — 27/07/2012 @ 10:42 am | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: