Jejak Mihrab & Mimbar

Biografi Penulis

 

 

 

HARLENY ABD ARIF lahir pada tanggal 22 Oktober 1976 di Hospital Chinese Maternity, Ipoh, Perak. Anak kedua (2) daripada sembilan (9) bersaudara. Mendapat  pendidikan  rendah  di empat (4) buah  sekolah rendah iaitu SRJK Batu Lintang di  Kuching, Sarawak (1983-1984), SK Raja Muda di Shah Alam, Selangor (1985), SK Sura di Dungun, Terengganu (1986-1987)  dan SK Seri Manjung di Sitiawan, Perak (1988). Pendidikan menengah di tiga (3) buah  sekolah  iaitu SM Seri Manjung di Sitiawan, Perak (1989), SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor (1990-1992) dan SMJK Methodist di Tanjung Malim, Perak (1993). Pada tahun 1994 hingga 1998 melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Senireka Fesyen di Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Shah Alam. Tahun  2000 menyambung pengajian Kursus Lepasan Ijazah, Diploma Pendidikan Seni di Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Shah Alam. Tahun 2002-2006 menjadi tenaga  pengajar bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual  di SMK  Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor dan pada masa sama menyambung pengajian  Sarjana Sastera  (MA) separuh  masa dalam bidang Persuratan Melayu di Fakulti Sains  Sosial  dan Kemanusiaan di UKM Bangi, Selangor. Tamat pengajian MA  pada tahun 2005. Seterusnya pada tahun 2007 mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas bagi  Pendidikan  Seni Visual di IPIK, Cheras dengan memperolehi Anugerah Cemerlang  Akademik. Tahun 2008 menjadi tenaga pengajar Program Pendidikan  Khas Integrasi di SK Sungai Buloh, Selangor. Tahun 2009 menyambung  pengajian peringkat  Doktor Falsafah  (PhD) sepenuh masa dalam bidang  Pendidikan  Seni di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris,  Tanjung  Malim, Perak dengan tajaan Biasiswa  Hadiah Latihan  Persekutuan KPM. Tamat  penghujung 2011, inshaAllah…


PENGALAMAN BEKERJA

Tahun : 1998-2002
Pernah  bertugas  sebagai  wartawan  sambilan di Majalah RIAS, Utusan   Malaysia,  wartawan sepenuh masa di Majalah Suri, Surimedia dan pereka corak di Al-Quran Mushaf Malaysia.

 

20 Komen »

  1. good job! tapi aku tak sempat baca ape yang ko citer ni semua sekali.. aku rasa student yang nak buat reseach akan rujuk blog ni dan… untung le depa tu sumer nanti

    Komen oleh Abby — 01/02/2010 @ 4:55 am | Balas

    • Sahabat…terima kasih atas pandangan dan sokongan. Apa yang ada dikongsi bersama. Foto sebenarnya sangat banyak (lebih 2000 keping dirakam untuk penelitian jejak mihrab dan mimbar masjid tua). Ianya dirakam di lokasi tinjauan sekitar daerah dalam wilayah Acheh, Sumatera Barat dan Semenanjung, Malaysia tetapi sebahagian perlu di simpan untuk penulisan ilmiah.

      Komen oleh harlenyabdarif — 01/02/2010 @ 7:29 am | Balas

  2. Assalamualaikum sahabat & saudara….

    Tahniah di ucapkan di atas segala kejayaan anugerah Illahi. Semoga pertemuan semula atas ketentuan & keredhaan Illahi berkekalan dunia & akhirat…Amin…

    Komen oleh Liza — 04/02/2010 @ 4:40 am | Balas

    • Liza, terima kasih. Mudah-mudahan persahabatan/persaudaraan ini berkekalan…Amin…

      Komen oleh harlenyabdarif — 19/02/2010 @ 5:51 pm | Balas

  3. ada tak sedikit maklumat masjid demak kedua di kelantan(masjid kg laut, tumpat kelantan)?,dan masjid teluk manok, mengikut cerita lisan…masjid tu dibina oleh para Habib(ulama dikalangan Ahli Bait)…sama seperti masjid demak ditanah jawa, saya perlukan maklumat itu kerana ada kaitan rapat dengan keturunan moyang saya.kalau ada info harap sent ke email saya putralegeh78@yahoo.com..terima kasih

    Komen oleh Baba Syarif — 17/02/2010 @ 3:37 pm | Balas

    • Salaam…ada seorang teman pernah menjalankan kajian ttg Masjid Kg Laut. InsyaAllah nanti saya cuba risik info drpdnya. Setahu saya, maklumat ttg masjid tersebut boleh didapati di Muzium Negeri Kelantan. Boleh juga buat pencarian di laman web MYTO > Perpun (Theses Online). Mungkin ada individu yang pernah menjalankan kajian terhadap masjid tersebut. Saya tertarik dengan nama Masjid Teluk Manok. Di mana lokasinya? T kasih.

      Komen oleh harlenyabdarif — 17/02/2010 @ 4:02 pm | Balas

      • Salam… Masjid Teluk Manok terletak di Patani, Thailand. Namanya Masjid Wadi al-Hussain. Sebuah buku telah diterbitkan oleh Penerbit UKM. Lihat link berikut… http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/f536-3.html

        Komen oleh Merbawi Jr. — 02/03/2010 @ 8:09 am

      • Wsalaam…Saudara Merbawi Jr. terima kasih atas informasi yang diberikan…

        Komen oleh harlenyabdarif — 02/03/2010 @ 8:55 am

  4. maaf bertanya,pernah bersama-sama dengan merahsilu dalam pencarian masjid lama?(bertanya disebabkan belum berkesempatan membaca keseluruhan isi dalam blog ini)

    Komen oleh sangilapi — 17/03/2010 @ 1:08 am | Balas

    • Saya tidak pernah bersama-sama merahsilu menjalankan tinjauan, tetapi sering berkongsi idea di laman artmelayu.blogspot dan adakalanya berhubung melalui telefon. Persamaannya mungkin dari segi subjek kajian (masjid-masjid tua), namun pengisiannya sedikit berbeza. Tumpuan kajian saya menjurus rekabentuk mihrab dan mimbar masjid tua berusia lebih 100 tahun, selain turut menjalankan pemerhatian terhadap nilai estetika seni ukiran tradisi Melayu yg terdapat pada masjid tua, rumah adat, istana lama dan sebagainya.

      Komen oleh harlenyabdarif — 18/03/2010 @ 8:06 am | Balas

  5. salam..
    bl0g yg bagus..
    bley dpt inf02 psl masjid2 lama..
    nice bl0g..🙂

    Komen oleh wana93 — 04/04/2010 @ 10:18 am | Balas

    • Perkongsian ilmu buat semua…Adik, terima kasih kerana sudi menjadi tetamu di sanggar ini…

      Komen oleh harlenyabdarif — 04/04/2010 @ 10:38 am | Balas

  6. nak tanya harleny, tahu tak sejarah tuan puteri arafat sanggoran dari jawa barat.saya ada bahan yg menarik tentang beliau, kalau berminat contact saya

    Komen oleh ROHAIMI — 13/04/2010 @ 2:08 pm | Balas

  7. TAHNIAH. Sebuah laman web yang cukup menarik. Syabas di atas usaha saudari (Dr…insyallah). Buat masa ni saya menjejaki makam lama. Dalam mencari makam sudah pasti saya akan menemui masjid kerana kebanyakan kawasan perkuburan terletak bersebelahan masjid. Insyallah saya akan berikan info tentang beberapa masjid/surau lama untuk saudari.

    Komen oleh Zulkifli Ismail — 25/05/2010 @ 9:39 pm | Balas

    • Saya amat berbesar hati sekiranya saudara sudi berkongsi info ttg masjid-masjid tua…terima kasih =)

      Komen oleh harlenyabdarif — 26/05/2010 @ 2:46 pm | Balas

  8. email saya, haszahme@gmail.com, saya juga sedang buat kajian tentang masjid, TQ

    Komen oleh hashim ahmad — 10/06/2010 @ 11:42 pm | Balas

  9. MASJID KAMPUNG SURAU (MASJID TOK PULAI CHONDONG) DI MACHANG KELANTAN…

    Komen oleh ROHAIFI AZRI — 14/07/2010 @ 12:22 pm | Balas

    • Saudara,

      Terima kasih atas info yang diberi
      InsyaAllah ada kesempatan akan saya kunjungi =)

      Komen oleh harlenyabdarif — 14/07/2010 @ 1:35 pm | Balas

  10. di Sintang-Kalimantan Barat terdapat Kesultanan Sintang yang memiliki Masjid Jamik dibangun tahun 1672 M (1083 H) oleh Sultan Nata Muhammad Syamsuddin Sa’adul Kahirri Wadien, sebelum diputuskan jadi Kerajaan Islam, Sintang dulunya Kerajaan Hindu dengan lokasi pertama di Sepauk dan raja pertama Aji Melayu (masih terdapat peninggalannya), berpindah ke Sintang (sekarang) dilakukan oleh Raja ke-11 Jubair (Demong Irawan I) sekitar tahun 1362 M… Sultan Nata sendiri merupakan raja ke-19 (raja pertama bergelar Sultan)….

    Komen oleh ade muhammad iswadi — 06/04/2011 @ 4:57 pm | Balas

  11. Saudara Ade Muhammad Iswadi…
    Terima kasih di atas perkongsian info… =)
    Saya telah berpindah di sanggar baru iaitu http://jejakmihrabmimbar.com
    Sudi2lah bertandang meninggalkan buah pena di sanggar baru

    Komen oleh Harleny Abd Arif — 06/04/2011 @ 5:16 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: